Masak Pakai Halba
Halba, biji sawi, lada hitam & sulah merupakan rempah ratus kegemaranku apabila memasak..he he he bukan la pandai masak tp klu masak kari & sayor tumis akan kupastikan ada halba & biji sawi...lada sulah buat nasi goreng cina la....Erm satu lagi yang selalu mak guna halba ni bila buat masak cuka & masak kanji (macam bubur lambuk) tp kedah punya stail masuk halba, halia, udang masin, lobak masin....sedapnyaaa hu hu hu
Rasulullah saw bersabda :
' Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas ? '
Sila baca dan sebarkan . Tak perlulah berbelanja lebih sedangkan ubat yang murah, berkesan dan mudah digunakan boleh didapati dengan mudah di kedai mamak sahaja.
Rasulullah saw bersabda :
' Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas ' (Books of Sufi Healing m.s.58)
Pada suatu hari Rasulullah saw menziarahi sahabat Saad bin Abi Waqqas yang sedang sakit. Rasulullah saw menyuruh dipanggil tabib. Al Harith Ibn Qaldah datang merawat Saad bin Abu Waqqas. Beliau mengesyorkan agar Saad makan Halba dan Korma Ajwa ' . Dengan izin Allah Saad pun sembuh dari sakitnya.
Rasulullah saw kemudiannya bersabda :
' Gunakanlah Halba sebagai ubat ' ( Qamus Al-Tibb ? Ahad Qodamah-Mesir)
KEGUNAAN Halba
1. Diminum sebagai teh untuk
- Melancarkan haid
- Menghilangkan kembung,sebu dan senak
- Pencuci perut
- Menguatkan jantung
- Menghilangkan lender tekak
- Melegakan sakit kepala/ migraine
- Membuang angin
- Menyembuhkan buasir
- Senggugut
- Merangsang rahim
- Kegemukan
- Kurang berat badan
- Mengawal kencing manis
- Radang kulit dan Bisul
2. Teh Halba + Madu
- Kurangkan ketagihan rokok dan dadah
- Anemia
3. Untuk anak2 yang baligh
- kecergasan
- kekuatan badan
- Tumbesaran
4. Untuk ibu menyusu
- Banyakkan air susu
5. Halba juga adalah ramuan tradisi menambahkan nafsu lelaki dan wanita.
Memanaskan buah pinggang dan organ pembiakan. Menjadi amalan kuno tabib China untuk rawatan mati pucuk. Halba merupakan antara ubatan yang tertua di dunia dan digunakan olehAl-Abqirad ( Hippocrates) iaitu bapa perubatan Yunani.
Di Terengganu halba adalah salah satu ramuan dalam adunan nasi dagang.
MANA NAK DAPAT Halba
Halba boleh dibeli di kedai mamak atau dah di pek secara komersil dipasaraya.
Salam kunjungan.. singgah la ke blog saya ;)
ReplyDeletemasak sayur apa guna halba? cuba habaq mai sat.. tak pernah dengar lagi nii
ReplyDeletesofya..masa lepas bersalin selalu buat sup lobak putih ..tumih bawang putih dgn halba..& masuk air..pass tuh masuk lobak putih....he he he sayur lain pun sometime wat cam tuh jugak
ReplyDelete