"Dia & hubby mmg sah-sah kiasu kau & suami hari tu, kau tak perasan ke", tanya seseorang membuat aku recall semula perbualan yang lalu. Memang si polan dan sipolan ada mengatakan sesuatu namun perkara tersebut tidak masuk ke hati ku jua suami dan kami tidak menganggap perkara tersebut terlalu serius. Sesiapapun berhak untuk membuat kesimpulan atau kiasi kiasu diri kita namun andai perkara tersebut bukan membabikan diri kita sudah pasti kita tidak terasa. Ianya umpama siapa makan cili dia akan terasa pedas. So kalau kita tak makan cili mengapa harus terasa pedas.
|
wajah bersih anak-anak tanpa terselingkup rasa negative membuatkan mereka sentiasa bahagia dan ceria |
Aku bersyukur kerana lewat ini emosi ini kurang sensitif jadi kecederaannya makin kurang. Teringat pesan mak bila ambik air sembahyang selalu berdoa agar telinga kita jadi seumpama telinga Rasulullah SAW yang ada penebat terhadap umpat, cerca, kiasi dan kiasu orang sekeliling.
|
Belajar dari anak2 ....hidup sentiasa memberi kemaafan dan pasti kita bertemu titik bahagia |
Bahagia itu ada sekeliling kita dan seharusnya kita hanya memandang remeh segala kejian yang bersifat negatif yang mana ianya bukanlah diri kita ia hanya sekadar pandangan manusia yg bersifat prasangka dengan insan lain. Hidup kita bukannya lama ....jadi untuk apa kita mengejar derita dan hanya mendengar runtunan emosi negative sahaja sedangkan disekeliling kita penuh dengan kebahagian, keceriaan dan ketenangan untuk dinikmati. Aku pilih untuk bahagia dan membahagiakan........Kataku pada cik B apa yang mereka hendak kata dan taksirkan bukanlah kita....kita hidup didunia ni nak cari redha Allah SWT bukan pujian atau penghargaan manusia, kita ingin mencari redha mak bapak, nak cari bahagia dengan saudara dan kawan2...bukan nak mencari musuh atau seteru menyimpan segala hasad dengki di pelipat baju.
tak boleh nak tutup mulut org.
ReplyDeleteselagi tak memudaratkan kita..biarlah luncai terjun dgn labu2nya