Positif dengan persekitaran kita
Makin lama kita hidup makin banyak kerenah manusia kita temui. Hidup ini seperti warna-warna pelangi. Bukan semua warna kita gemari namun kita terpaksa menerima warna tersebut dalam hidup kita. Begitu juga dengan insan-insan yang datang disekeliling kita, tidak kira siapa mereka. Saudara, handai taulan dan jiran tetangga. Bukan semua menepati standard ISO kita namun kita tidak boleh menolak mereka dari kehidupan kita. Manusia bukan sebagai mana barangan yang berada dalam sesuatu barisan untuk pembungkusan di sebuah kilang andai tidak mencapai standard tertentu akan diketepikan atau dibuang. Ada hikmahnya Allah SWT letakkan mereka dalam kehidupan kita.
Itu yang aku katakan pada insan-insan yang rapat denganku anggaplah insan yang kerap menyakiti hati dan jiwa kita itu adalah ujian dari Allah SWT, Dia ingin menguju sejauhmana kekuatan dan ketabahan kita menghadapi insan2 sebegini. Jangan cepat melatah dengan apa yang datang dalam kehidupan kita. Mungkin apa yang kita tidak suka itu memberi kebaikan pada kita kerana Allah SWT itu Maha Mengetahui. Kita mungkin tidak mampu mengubah sikap insan tersebut namun kita boleh mengubah pandangan kita terhadap orang itu.
Anggaplah orang2 yang selalu menyakitkan hati kita dan orang2 sekeliling kita sebagaimana anak2 kecil yang masil jahil mengenai kehidupan yabg mana masih memerlukan bimbingan untuk membuka mata hati mereka mengenai hati dan perasaan orang lain.
Aku sentiasa percaya dan positif ada hikmah atas segala pemberian Allah SWT.
Allah turunkan hujan sebab nak munculkan pelangi. Kan?
Jadi, jangan putus asa.
Jangan pernah putus asa.
Rahmat Allah sentiasa ada insha Allah.
Insha Allah.
Dah boleh berhenti dari menangis. Dah boleh kesat air mata. Dah boleh lupakan segalanya. Dah boleh senyum. Alhamdulillah. Allah sentiasa sayangkan hamba-Nya. Sentiasa. Lupakan orang yang pernah membaling najis ke wajah kita, lenyapkan ingatan pada yang meletakkan duri yang menyebabkan kaki kita berdarah dan bersyukurlah Allahh SWT tidak menjadikan kita sebagaimana mereka.
Comments
Post a Comment