Hidup hanya sementara versi CUCI cuci hati dan jiwa

Semalam didapur cik B bercerita, dan aku pun berkata, "makin lama kita hidup dan makin tua usia kita makin banyak perangai manusia kita temui". Macam-macam. Ada yang dapat kita telah dan ada yang sukar. Apa yang pasti kita tidak mungkin seperti mereka dan mereka tidak akan seperti kita. Kita pun tidak pasti kita sempurna dan mereka pun belum tentu sempurna. Kemudian cik B bersuara, "apa yang wajib kita buat cermin diri kita, akhlak kita, ibadah kita, pendapatan kita supaya sentiasa mendapat keredhaanNYA". Betul apa yang disuarakan oleh cik B...cermin diri sendiri kita akan dapat lihat arca diri kita, di mana parut, pigment dan jerawat dan disitu kita dapat menilai baik buruk diri kita sendiri. Mengapa harus kita melihat orang lain, kelemahan orang lain, sifat buruk orang lain sedangkan dalam diri kita terlalu banyak sifat mazmummah yang perlu di cuci.

Aku sentiasa berpegang pada prinsip positive pada setiap insan sekeliling. Semua insan ada kebaikan dalam diri mereka. Berpegang dari prinsip tersebutlah aku kini kearah membersihkan hati.....ku pejam mata, setiap hari kumencari kata-kata perangsang, ceramah-ceramah dari ustaz kudengari, ingin ku ctrl delete setiap rasa marah yang tercerna di hati dek sifat manusia terhadap diri ini.

Dan ku teringat akan hadis ini,

"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati." - Hadis riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir

Untuk  membersihkan hati dan membuang sikap-sikap negatif di dalam diri secara perlahan-lahan?

Berikut adalah 8 tips mudah yang ingin dikongsikan bersama.
  1. Bersyukur dengan kurniaan Tuhan - bersyukur dengan setiap apa kurniaan Allah SWT tidak kiralah walaupun diuji kita masih bersyukur dengan setiap ujian kita makin tabah dan kuat dan lebih mengenali insan sekeliling kita
  2. Beribadat dengan benar dan seikhlas hati - mencuba dari ibadah asas sebagaimana mana disarankan oleh Ustaz Pahrol Joi dalam radio Ikim.fm
  3. Berakhlak baik - cuba menjadi hamba, insan, anak, isteri, ibu, kawan dan pekerja yang baik dan berakhlak
  4. Menimba ilmu tanpa henti - masih lagi mencari ilmu dengan menghadiri usrah, mendengar ceramah online, membaca bacaan dari golongan yang mampu memberi input positive dan memcuci jiwa
  5. Bekerja keras cara bijak -  kerja keras tanpa berkira-kira bukanlah lama kita hidup didunia ini, bak kata cik B kalau dah ada kerja tapi buat kerja sambil lewa better satay at home jaga anak2 jangan nanti awak dipersoalkan atas pendapatan yang diterima
  6. Bersederhana dalam hidup - perkara yang memang diamalkan sebagimana diajar oleh mak hidup dengan sederhana dan jangan menunjuk2
  7. Ringan tangan membantu sesiapa sahaja -  Insyaallah Allah swt mengetahui apa yang hambaNya lakukan
  8. Memaafkan orang lain - Aku maafkan kamu bak kata Jamal Abdillah dan Malique dalam lagu duet mereka
  9. Sekiranya sahabat lain ingin berkongsi tips masing-masing, boleh kongsikan di bahagian komen.
 Kita di dunia ini bukanlah selamanya hari ini kita ada didunia dan mungkin kita berpuas hati boleh menganiaya orang lain dengan melakukan sesuatu kepadanya namun Allah SWT itu maha mengetahui bisikan hati kita.....




Comments

Popular Posts