Pagi rabu yang dingin
Anak-anak masih dalam cuti sekolah jadi aku tak perlu keluar aku awal seperti selalu. Cuaca berkabus membuatkan tidak kelihatan Hutan Simpan Ayer Hitam yang menjadi penyejuk mataku. Alang Humairaa dan Al Khattab ikut mertua ke rumah adik ipar Uda.
Sebenarnya mataku amat berat untuk dibuka masih mengantuk apa tidaknya semenjak seminggu yang lepas tidurku kurang nyenyak mungkin kerana sikecil Al Waleed di dalam kantung air makin membesar. Kekadang rasa macam hendak bersalin namun masih terlalu awal.
8.12 am menyusur keluar ke Lebuhraya LDP ke arah Putrajaya/Cyberjaya. Traffic seperti biasa "line clear". Namun traffic di sebelah menghala KL/PJ sesak sekali. 8.24 am aku dah sampai di depan Sek Sri Putri, suasana tenang ditambah dengan panorama tasik disebelah timur membuatkan kedinginan bertambah.

Comments
Post a Comment