Aku hanya Insan Biasa
Membaca nukilan Ustaz Pahrol Joi membuatkan jiwaku bergetar rasa takut. Sebenarnya aku dalam usaha mencuci hati takut aku untuk menilai insan lain sebab aku masih banyak kekurangan dan kelemahan. Dek kerana itulah aku mencuba sedaya upaya setiap hari mencari ceramah-ceramah dan bacaan-bacaan yang boleh mencernakan wangian dikalbu ini. Ustaz Pahrol antara yang aku gemari kerana bahasa yang digunakannya membuatkan hatiku cair.
Ibu yang positif akan melahirkan anak-anak yang positif yang sentiasa mengharapkan keredhaannya begitulah yang kudengar dari rancangan celik mata reset minda Ibu bapa Muda oleh Prog Dr Muhaya.
Rendah diri adalah satu keperluan dalam membersihan hati. Rendah diri membuatkan kita menilai kembali sifat kehambaan kita dan membuang keegoan kita sebagai manusia. Bila ada sifat ini, kita akan memandang persekitaran dengan pandangan positif, kita tidak sesekali akan menghina insan lain dengan sangkaan-sangkaan buruk yang membuatkan hati dan kalbu kita bernanah.
Sifat memaafkan insan lain juga memberi ruang untuk diri mencuci dedaki dendam dan amarah yang bersarang dijiwa. Bak kata Ustaz Pahrol dlm artikelnya Secebis Kisah Orang Berilmu, “lampu isyarat sudah hijau, tetapi kereta di hadapan kita masih tidak bergerak-gerak. Kita hendak marah dengan kelembapannya. Tetapi sebaik sahaja kita melihat pada kereta itu tertera tanda L, kita jadi sejuk dan memaafkan. Oh, dia masih belajar memandu…”.
Comments
Post a Comment