Pesta Belon Udara Panas Putrajaya 2012


Fiesta tahunan Edisi keempat Belon Udara Panas Putrajaya kembali lagi bermula dari 15 hingga 18 Mac 2012 menampilkan 25 buah belon udara panas dari 12 buah negara.

Fiesta 2012 dilancarkan di Putrajaya baru-baru ini oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Datuk Zainal Abidin.

Mengekalkan tema 2011 “1Dunia. 1Malaysia. 1Fiesta” (1World. 1Malaysia. 1Fiesta) Tugu Millennium di Putrajaya sekali lagi menjadi tuan rumah fiesta yang menyeronokkan ini.

Antara negara yang mengesahkan penyertaan mereka adalah Amerika Syarikat, Belgium, Poland, Belanda, Perancis dan Thailand.

Pada satu daripada empat hari itu, pemilik-pemilik belon akan menghidupkan pembakar propana dan membiarkan belon mereka naik, dan mencetuskan panorama yang indah. Satu pertunjukan bunga api akan turut mewarnai langit pada malam itu.

Pertunjukan cahaya malam ini akan berlangsung pada 17h Mac.

Tengku Abdillah Tengku Hassan, Presiden Persekutuan Sukan Penerbangan Malaysia berkata acara tahun ini akan memperkenalkan satu elemen baru iaitu satu permainan yang dikenali sebagai ‘Hare and Hound’ (Arnab dan Anjing Pemburu) bagi pemilik belon udara panas.

Pada setiap hari sepanjang fiesta, sebuah daripada belon udara panas milik Malaysia berperanan sebagai ‘hare’ di mana ia akan terapung jauh, sebelum belon yang lain naik, bermain sebagai hound. Objektif hound ialah untuk mengambil laluan yang sama dan mendarat di tempat yang sama, setepat yang mungkin.

Belon udara panas yang mengumpul bilangan mata tertinggi mata akan diumumkan sebagai pemenang pada hari terakhir acara.

Selain daripada acara utama, acara ini juga akan menyaksikan fiesta basikal, ragbi ‘street touch’, bersiar dengan helikopter, aktiviti sukan air dan aktiviti sukan lasak.

– BERNAMA

Comments

Popular Posts