Alhamdulillah dan terimakasih kepada tenaga pengajar SKPI

"Mama, abang dapat B, English & Sains.....yang lain tak tau lagi", update Khattab semalam. Dia bagitahu teacher Naga ada offer dia masuk ke kelas teacher tersebut. Alhamdulillah ada peningkatan. Teacher Naga pun ada memberitahu ada perubahan dalam diri Al Khattab semenjak masuk tahun 6 ni. "Abang kalau kita ingat Allah dan selalu meminta darinya Insyaallah akan dipermudahkan kita melalui jalan2 di dunia ini". Usaha itu perlu. Sebagaimana dikatakan oleh puteri sulung yang kagum dengan tenaga pengajar sekolah rendahnya aku pun mempunyai pendapat yang sama. Terima kasih cikgu-cikgu.

Aku bukanlah mengharapkan kecemerlangan namun aku ingin anak2 berusaha memperolehi sesuatu. Hidup bukan setakat goyang kaki dan mengharapkan bulan jatuh ke riba. Sebagaimana aku bercakap pada cik B kita kena lakukan sesuatu semoga semangat anak2 untuk menuntut ilmu tidak padam....mereka perlukan kita sebagai pembimbing dan pendorong untuk menyuluh mereka melalui jalan-jalan yang berliku.

Setiap anak anugerah illahi tidak sama antara satu sama lain. Mereka hadir dengan kelebihan dan kekurangan tersendiri. Ada yang hadir dengan sifat kediri yang membuatkan kita kagum dengan mereka. Ada yang suka merenggek. Ada yang bercakap mengalahkan lawyer. Kitalah sebagai ibu bapa yang harus mengenal pasti kelebihan dan kekurangan mereka demi memupuk kekhalifahan mereka di masa depan. Ada harapan dalam hati mama buat Al Khattab.

Comments

Popular Posts