Bla bla bla.... Vit B is coming


Vit B baru masuk semalam petang....belom lagi sampai enjoy sakan tapi those yang berbankan rimau tentu sudah terlanjur sopink weekend lepas. Teringat insuran hitam yang due date bulan ni. Call incik B ....bla bla bla RM 1k+++ patut kami hanya perlu membayar dalm RM500++ sebabnya kami dah ambil NCD akibat kemalangan dan cermin depan tahun lepas. Rezeki itam lah. Sudah memang tertulis dan Allah SWT maha mengetahuinya. Patutnya sudah tak banyak insurancenya yelah Itam pun dah tua. Cik B dah langsaikan insurance lori padi RM2k plus beberapa bulan lepas  so apa yang penting kerjasama bak kata wonderpet.

Vit B..lumayan?....alhamdulillah, Allah SWT yang tentukan ada hikmah setiap pemberiannya. Walaupun cik B sengaja mengusik "Opppss papa ingat ada la 20K ++"...aku cuma tersenyum. Ok la tu ayang more than enough bagi aku yang tak reti nak menyopink ni.  Aku dah allocated perbelanjaan buat puteri dan putera terutama dalam simpanan, abah, mertua dan beberapa insan yang menjadi tunggak diri ini....erm mama tak per handbeg cokia made in china pun boleh pakai no hal punya....... aku ingin jadi insan yang bahagia dan membahagiakan tanpa mementingkan diri sendiri.

Weekend aku ada baca mengenai sukses hidup bersama AKPK antara tanda-tandanya ialah seseorang itu dapat melangsaikan hutang ansuran rumah sebelum usia bersara (patut la cik B beriya mahu menyelesaikannya. Cik B adalah insan yang paling takut dengan interest) dan cik B juga memberi syarat jika mahu membeli landed house, selain itu seseorang itu mampu menunaikan runcit dengan cash tanpa sebarang bebanan. Selain itu seseorang itu mampu memberi menampung pelajaran anak-anak tanpa sebarang masalah.

Sebenarnya dalam hati nak beli hartanah berdekatan dengan Cyber....aku dah kenal pasti dan ianya bersesuai untuk kami di saat bersara nanti....kata cik B asal tidak membebankan kita saat bersara nanti dia ok saja. Insyaallah ......semoga Allah SWT permudahkannya dan perancangan kami seperti rumah sekarang agar dapat dilangsai sebelum 15 tahun. Kesederhanaan hidup buatkan kami mudah dalam merancang....hidup tanpa perlu penghargaan manusia dan hidup atas dasar kemampuan diri membuatkan kita bebas terbang.......

Bagaimanakah bebanan hutang boleh kita atasi ?
  1. Rancang kewangan peribadi dan keluarga dengan sebaik mungkin.
  2. Elak berbelanja dengan perbelanjaan yang melebihi pendapatan.
  3. Hindari berhutang melainkan sekiranya terpaksa.
  4. Buat perancangan pembayaran sekiranya terpaksa berhutang.
  5. Libatkan saksi dalam proses peminjaman.
  6. Pelajari dan berusaha dengan kaedah mendapatkan pendapatan sampingan.
  7. Hidup bersederhana dan jangan ikut masyarakat sekeliling.
  8. Lazimkan berdoa agar dijauhi bebanan hutang.

Comments

  1. patutnya masuk le kengkawan dlm bajet tu skali..he..he..Aku ni yg tak reti2 nak menyimpan..aduhai, seronok sgt bagi tokey2 supermaket tu kaya

    ReplyDelete
  2. aku org kampung dr kecik tak pernah pi supermarket beli pun mak & abah yg arrangekan tu yg bila membesaq x pandai sopink2 ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku orang kampung,tapi rezeki ayah aku dgn berkedai runcit..aku selalu amik barang free. tu yg now bila shoping, aku lupa aku kena bayar akhirnya....

      Delete

Post a Comment

Popular Posts