Diam bukan tanda kita mengalah



Semalam Alang call, "mama, kakak & abang bergaduh....takut Alang", dari suara latar belakang aku dapat mendengar ketegangan. Aku menarik nafas....anak-anak merupakan suatu ujian. Semasa meletakkan gangang sebenarnya keadaan mereka masih tegang cuma abang telah keluar dan kakak masih dalam kemarahan. "Tak nak balik ke tgok anak-anak", tanya boss yang kebetulan mendengar. Aku tersenyum dan tergelak. "Taklah, ok kut they all boleh handle". "you masih boleh tergelak lagi", kata teman satu jabatan.

Petang sampai rumah menjelang maghrib selepas mengambil tiket bas untuk Cik B balik SP. Abang kelihatan tekun menyiapkan latihan matematik dan kakak sibuk dibilik.

Aku hanya berdiam diri. Tanda marah pada sikap abang.

Di meja makan....Rasulullah SAW dulu macam2 org kafir & Yahudi buat pada baginda tapi baginda sabar langsung tak balas perbuatan jahat yag menreka lakukan terhadap baginda. Dalam hidup ni kita kena banyakkan sabar dan adakala kita kena berdiam diri. Mataku memandang kakak dan abang. Sebagaimana aku katakan pada Cik B kedua-dua ada salah tersendiri. Masing-masing berjanji tidak akan mengulangi perbuatan mereka.

Tadi semasa makan tengah hari bersama kakak. "mama, tak per ke kita maafkan orang lain", tanya kakak. "Maaf tu perbuatan terpuji, bila kita maafkan org tidak ada dendam lagi tersimpan dalam diri kita dan kita akan hidup lebih tenang.....hanya org tinggi ego dan rasakan dia bagus saja yang tidak suka maafkan orang lain..sapa lagi yang rasa dia bagus sgt", terangku sambil bertanyakan soalan pada kakak. "Syaitan", jawap kakak. "Yup....klu kita rasa kita ni bagus hilang sifat kehambaan maka kita serupa dgn syaitanlah sbb tu mama selalu pesan dalam apa hal diam....diam bukan beerti kita kalah, ini untu panduan kakak di masa depan terutama bila berdepan dengan pasangan hidup", terangku sambil mengunyah pisang goreng.

Terlalu banyak perkara yang kukongsi dengan kakak. Sebagaimana pesanan mak dahulu...diam itu lebih baik dari mengeruhkan suasana.

Gara-gara lidah, seseorang terjebak masuk ke neraka. Menjadi hamba yang rugi, sebab pahala orang yang berdosa kerana kerosakan lidah akan dihadiahkan kepada orang yang dizalimi. Gara-gara lidah yang jahat kita boleh menjadi hamba yang muflis (muflis).

Rasulullah SAW bersabda: " Orang yang muflis di kalangan umatku ialah orang yang pada hari kiamat nanti datang membawa pahala solat, zakat dan puasa, namun di samping itu ia membawa dosa mencela, memaki, menuduh zina, memakan harta dengan cara yang tidak benar, menumpahkan darah, dan memukul orang lain . "(HR.Muslim)





Comments

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salina..kalau kita diam depa faham, ok..tapi, kalau depa buat2 tak faham yg naik angin satu badan tuh

      Delete

Post a Comment

Popular Posts