Suci dalam Debu

Suci Dalam Debu

Engkau bagai air yang jernih
Di dalam bekas yang berdebu
Zahirnya kotoran itu terlihat
Kesucian terlinding jua

Cinta bukan hanya di mata
Cinta hadir di dalam jiwa
Biarlah salah di mata mereka
Biar perbezaan terlihat antara kita

Kuharapkan kau kan terima
Walau dipandang hina
Namun hakikat cinta kita
Kita yang rasa

Suatu hari nanti
Pastikan bercahaya
Pintu akan terbuka
Kita langkah bersama

Di situ kita lihat
Bersinarlah hakikat
Debu jadi permata
Hina jadi mulia

Bukan khayalan yang aku berikan
Tapi keyakinan yang nyata
Kerana cinta lautan berapi
Pasti akan kurenang jua



ni la lirik yg cik B letak dalam bukuku semasa di essemjay dulu....sbb aku ni ala2 tomboy & tak berapa layan dia kut dulu tak macam student perempuan lain yang kerap menghimpitnya more feminin than aku.

Kadang mcm tak sangka yelah ....ada word yg keluar usia remaja terpalit di hatinya, yelah pernah aku marahkan cik B dulu sbb belikan hadiah & makanan untukku...aku marah sbb dia gunakan wang saku yang diberikan oleh mak ayah untuk kegunaan lain dan aku cakap kalau duit itu dia gunakan untuk beli something untuk adik2nya ianya lebih baik lagi, satu lagi asal dia nak jumpa mula aku mengelak macam2 alasan aku berikan mengantuklah nak basuh bajulah dan teman2 sedormlah yang menjadi mangsa posmen karat, hingga kini cik B mengungkit pada anak2 mama dulu bukannya suka kat papa dan aku menjawap dulu kita pegang amanah abah dan mak suruh belajar bukannya ke sekolah untuk bercinta atau mengatal ha ha ha kan ada yang dah kena....Hingga kini aku sebagaimana dulu tidak gila dalam soal shopping....selalu aku fikirkan perkara lain yang lebih utama berbanding membeli keperluan diri.

Sebagaimana puteri-puteriku, aku agak kasar dengan yang berlainan jantina dariku dulu. Dan bila menonton rancangan selera TV3 yang di hostkan oleh Chef Ross....ermm kami mempunyai persamaan aku sukakan sesuatu yang lasak namun keperempuanku masih terjaga dan dia pun mengilai perkara yang sama. Suatu masa dulu aku pernah mengimpikan lady of harley ha ha ha dah hampir mencecah forth series .....kegilaan dulu masih dihati.



Comments

  1. tapi pakaian yang di pakai langsung tak menggambarkan imej seorang chef.teramat lah seksi pakaian yang di pakai.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts