Disebalik SPM result
Hari ini SPM result. Tetiba hati gementar walaupun yang nak ambik result cuma anak saudara & sepupu2 sahaja. Itulah aku....dulu semasa aku nak ambik result tak tidur satu malam. Bangun termenung. Sampai mak tersedar dari tidur, kata mak, "tak perlu difikir benda yang telah kita lakukan tawakal pada Allah SWT ada hikmah setiap pemberianNYA". Masa tu aku kurang memahami apa yang mak katakan. Namun kini aku yakin semua tuh bukan end of our life. Setiap apa yang berlaku mengajar kita tentang hidup. Walaupun aku tidak dapat mengejar impian menjadi jurutera namun apa yang aku perolehi kini sebagai seorang akaun memberi makna dalam kehidupanku. Tidak dapat menjadi seperti yang kita inginkan bukan penamat skrip cerita kita yang bernama insan.
Mengapa kita ditakdirkan kurang cemerlang mungkin ada hikmahnya pada diri sendiri. Takdir itu menjadikan kita berfikir dan mengurangkan ego dan riak yang ada dalam diri kita. Kebergantungan kita kepada Allah SWT semakin menebal. Di sini kita tahu betapa kecil dan dangkalnya kita dimata Allah SWT.
Rezeki yang Allah SWT kurniakan kepada hamba-hambaNya berbeza jadi kita tidak perlu membuat perbandingan antara diri kita dengan orang lain. Ada orang Allah SWT lebihkan rezeki dari segi harta namun Allah SWT kurangkan rasa sayang sesama insan dalam dirinya.
Bersyukurlah dengan setiap apa yang kita perolehi dan ijtihar untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik daripada semalam. Kunci kejayaan sebenar bukan terletak kepada kecemerlangan dalam peperiksaan namun kunci kejayaan sebenar adalah cara kita menguruskan kejayaan atau kegagalan yang terjadi. Kita mampu menjadi insan yang tenang dan berjaya bila kita mampu menepis pandangan insan dan hanya mengharap pandangan Allah SWT.

nak usaha pun masa exam..dah lepas exam terima je la resultnya mcm mana.
ReplyDelete