Maahad Tahfiz buat Al Khattab


Next week ada interview Maahad Tahfiz buat Al Khattab. Sedari dia berada dalam kandungan dulu aku mmg berkeinginan untuk melihat Al Khattab menjadi seorang hafiz. Nama Al Khattab adalah inspirasi aku ke arahnya. Aku ingin melihatnya menjadi seorang hafiz. Mengenangkan Al Khattab yang mempunyai sedikit sindrom disleksia yang membuatkannya sedikit perlahan dalam memahami tulisan roman. Namun Al Khattab mudah memahami matematik dan arabic karektor. Kelebihan Al Khattab ketara bila kami tukarkan dia dari Qdess ke Pasti. Al Khattab mendahului pelajar lain terutama dalam hafazan. Dari pemerhatianku Al Khattab lebih selesa membaca dari kanan ke kiri berbanding kiri ke kanan membuatkan aku mencari-cari alternative yang bersesuaian dengan keselesaannya. Al Khattab selalu keliru antara b dan d, p dan q.  Kekeliruan itu adalah disebabkan masalaj disleksia yang dialaminya.

Apa itu Disleksia?
  • Disleksia adalah sejenis masalah pembelajaran khusus yang kerap berlaku.
  • Kanak-kanak Disleksia mempunyai masalah menguasai tugasan sekolah walaupun mereka telah berusaha bersungguh-sungguh
    • Mempunyai keupayaan intelek yang normal
    • Telah mendapat rangsangan dan pembelajaran yang mencukupi
  • Masalah asasnya adalah perbezaan cara otak berfungsi dalam menghubungkan simbol visual dengan bunyi
  • Mereka mungkin mengalami kesukaran
    • Membaca
    • Menulis
    • Memahami
    • Mengeja
    • Mengira
  • Dianggarkan 4–8 % pelajar sekolah yang bermasalah disleksia
  • Kanak-kanak lelaki lebih ramai bermasalah Disleksia berbanding perempuan.
Ciri-ciri penghidapnya
  1. Selalunya dikesan pada peringkat awal persekolahan kanak-kanak.
  2. Lambat membaca dan mempunyai tulisan tangan yang buruk.
  3. Ketika membaca, sering mengurang dan menambah pada sesuatu perkataan.
  4. Sering keliru dengan sesuatu perkataan pada huruf-huruf tertentu contohnya 'b' dianggap 'p' dan 'p' dianggap 'q'.
  5. Perhatian mudah terganggu atau gagal untuk menghabiskan sesuatu kerja hingga habis.
  6. Cenderung menjadi seorang yang impulsif atau sering mengikut perasaan sendiri tanpa memikirkan orang lain.
  7. Sering berlaku di kalangan lelaki.
  8. Kerap berlaku di kalangan pasangan kembar, kanak-kanak yang lahir tidak cukup bulan, anak-anak yang lahir daripada ibu yang sudah berumur, dan kanak-kanak yang pernah mengalami kecederaan pada kepala.
  9. Masalah disleksia boleh berlanjutan sehingga dewasa.
Perhatikan ciri-ciri Disleksia pada anak-anak:
  1. Di peringkat pra sekolah mereka mungkin :
    • Lambat bertutur
    • Mengalami kesukaran sebutan atau rima
    • Sukar menulis nama sendiri
    • Payah mengenal bentuk atau warna
    • Sukar memberitahu cerita yang telah didengarinya
  2. Di alam persekolahan, kanak-kanak Disleksia mungkin :
    • Gagal menguasai tugasan sekolah seperti membaca, menulis, mengeja atau mengira
    • Tidak suka membaca dan mengelak dari membaca di kelas
    • Kesilapan semasa membaca huruf, perkataan atau nombor (Bacaan terbalik) :
      • 15 dengan 51
      • “was” menjadi “saw”
      • ‘b’ dengan ‘d’
    • Kurang koordinasi seperti sukar mengikat tali kasut
    • Keliru dengan konsep masa seperti ‘semalam’, ‘ hari ini’ , ‘esok’
    • Kesukaran memahami, mengingati dan mengikuti arahan
    • Selalu tersalah letak atau hilang barang atau kerja sekolah
Masalah yang mungkin dialaminya 
  • Salah sangka dan digelar sebagai malas, bodoh atau lembab
  • Pembentukan imej diri yang sihat terjejas dan mengalami rasa rendah diri
  • Jika tidak dikenal pasti dan dibantu di peringkat awal boleh menyebabkan
    • Gangguan emosi (seperti kemurungan)
    • Masalah tingkah laku (seperti melawan, kecelaruan tingkah laku)
    • Rendah pencapaian akademik (menyebabkan keciciran sekolah)
Punca-punca Disleksia

Punca disleksia dipercayai akibat daripada cara kerja otak yang berbeza daripada keadaan yang normal. Apabila ujian imbasan dijalankan ke atas penghidap disleksia, didapati cara otak mereka memproses maklumat agak berbeza daripada biasa. Perbezaan ini mungkin disebabkan oleh kecacatan pada otak yang berlaku semasa dalam kandungan ataupun daripada kemalangan.
Faktor keturunan juga dikatakan sebagai salah satu punca disleksia. Kajian perubatan di barat mendapati kanak-kanak penghidap disleksia mempunyai latar belakang keluarga yang ada turut mempunyai penghidap sindrom berkenaan.
Adakah individu Disleksia mempunyai keistimewaan?
  • Antara orang ternama yang juga mengalami Disleksia termasuklah ahli politik (Lee Kuan Yew), pelakon (Whoopi Goldberg), artis (Leonardo da Vinci) dan saintis (Albert Einstein)
  • Ramai yang berdaya imaginasi tinggi, amat kreatif dan mampu berfikir dari pelbagai sudut / dimensi
  • Bijak dengan kemahiran tangan atau sukan.
Rawatan
Disleksia hanya dapat dikesan apabila beberapa ujian dilakukan ke atas pesakit di bawah pengendalian ahli psikologi atau guru khas disleksia. Penyakit ini boleh dirawat tetapi tidak boleh diubati. Penghidap disleksia lazimnya akan diberi rawatan secara terapi untuk meningkatkan kemahiran linguistik, berfikir dan sosial.
Jaga pemakanan anak-anak. Sila rujuk entry Asid lemak perlu merangsang minda.
Membantu anak-anak bermasalah Disleksia
Langkah-langkah untuk membantu mereka termasuklah :
  1. Bantu kanak-kanak dan keluarga mengendali permasalahan ini dan bina keyakinan diri anak
  2. Rawat penyakit lain yang mungkin berkait seperti Gejala Hiperaktif dan Kurang Daya Tumpuan
  3. Pertingkatkan potensi pembelajaran anak melalui :
    1. Terapi pertuturan
    2. Latihan pendengaran dengan bantuan komputer
    3. Pendekatan pelbagai deria (Menggunakan deria lain untuk membantu pembelajaran)
      1. Deria sentuhan (menggunakan lakaran atas kertas pasir)
      2. Deria pendengaran (menggunakan ritma atau bunyi perkataan/ huruf)
      3. Merasa pergerakan bibir
      4. Menulis huruf atau perkataan
  4. Langkah-langkah pemulihan :
    1. Bantu anak menguasai maklumat secara beransur ansur
    2. Pengulangan semasa mengajar (konsep ajar berlebihan)
    3. Gunakan video atau kaset untuk belajar
  5. Program pemulihan khusus :
1.Ada sekolah yang mempunyai program pemulihan khusus untuk Disleksia


Teringat kata-kata Mak Teh Sungai Pasir. Anak2 yang boleh mengenal ayat-ayat Quran adalah anak-anak yang amat terang hatinya. Minat Al Khattab kepada hafazan amat ketara semoga apa yang tersimpan di sanubari ini termakbullah hendaknya. Anak2 yang berjaya dan cemerlang dengan akademik kini ramai namun untuk mendapatkan anak yang beriman dan “qorrotaaiyunin” amat sukar.Moga di anugerahkan pada aku dan cik B zuriat yang beriman dan dan “qorrotaaiyunin”



Comments

Popular Posts