The Grass Is Always Green And Greener On The Other Side

Kata blogger lelaki itu, lelaki, sejak kamu terima akad isteri kamu itu, dia adalah di bawah tanggungjawab kamu sepenuhnya. SEPENUHNYA! Bermakna tanggungjawab suami adalah membimbing isterinya dari semua segi dan juga menyempurnakan segala keperluan mereka sekeluarga. Ibaratkan kita suka menyalahkan ketam yang mengajar anaknya berjalan betul sedangkan dia pun berjalan mengiring (ketam berjalan kah?) lah kan, kita menyalahkan isteri pula bila kita curang. Adil tak?

Alasan sunyi sepi, Lelaki, kalau kamu sunyi sebab kamu atau isteri di luar kawasan, divert kesunyian tu dengan minum dan lepak dengan kengkawan, atau surf internet baca bahan ilmiah sikit, atau online aje dan bertenetlah dengan isteri kamu. Kalau tak boleh jugak, minta tukar saja. Kalau sunyi lagi sebab berdua aje, buat anak atau ambil bayi2 yang dibuang tu. Banyak benda bermanfaat dan separa manfaat boleh dibuat.

Alasan wife terlalu sibuk dengan anak-anak, Lelaki, kalau wife sibuk dengan anak, kenapa kamu tak join mereka sama? Itu benih kamu jugak, bukan anak kutip tepi jalan ok. Kalau diorang bagi2 gift pet society kat fb sambil gelak2, kamu join la sekali, bukanlah main sama tapi at least komen la ape2 menunjukkan kamu berminat dgn aktiviti mereka. Bukan dari jauh jeling sambil cakap, 'fb lagi'. Kalau diorang sibuk kat dapur bakar kek cawan, jengah2lah sambil puji sikit2 anak kamu tu, 'pandai anak abah kecik2 dah belajar masak'. Kan ke kalau dah siap kek cawan tu, kamu yang akan makan jugak. Samalah dengan aktiviti lain. Ini tidak, bila wife layan anak kamu jeles sampai tuduh isteri abai2kan kamu, padahal kamu boleh aje join mereka dan jadikan rumahtangga happening, kannn?

Alasan perempuan yang terhegeh-hegeh padanya, Lelaki, kalau ada perempuan terhegeh2 kat kamu, kamu layan macam biasa sajalah. Tak payahlah bergurau sampai bertepuk tampar. Aku paham, bila dia terhegeh2, makanya dia akan berpakaian molek2 dan mengada2 dan perfume semerbak sehingga lama2 kamu pun terperangkap. Apa kata lain kali bila dia datang begitu kamu terus sound, 'Kau ni macam gro pulak aku tengok. Pakai tak senonoh, perfume macam bau minyak atar aje. Lemas lah aku. Pi jauh2!'. Samada dia akan paham mesej yang kau nak sampaikan, atau esok dia pakai jubah utk tackle kau pulak. *pengsan*

Lelaki, masa berkawan, atau bercinta, kau tak akan nampak benda buruk kat perempuan itu. Walau matanya juling sekalipun, kau akan rasa renungan mata dia menusuk kalbu yang paling dalam. Walau kat belakang kau, dimakinya cleaner sebab termop kasut mahal dia masa kat restroom tapi kat depan kau dia guna suara yg penuh sopan santun dan berhemah lagi, kau masih kata dialah wanita melayu terakhir Tanah Melayu. Hipokrit nya, memang begitu kan masa bercinta - sebab BELUM DAPAT!

Lelaki, bila dah tergoda, makin lama makin kuat perasaan tu. Kalau dilayan, habislah kamu hanyut dalam godaan syaitan. Eceh macam ustazah lak aku ni. Lalu kau pun bercinta penuh syok dan abaikan tanggungjawab dan akhirnya, kau salahkan takdir yang menemukan kamu berdua. Padahal masing2 dah melayan perasaan kan.
 
Bila dah takdir, dan sudah terperangkap jauh, makanya susah untuk berpatah balik. Ada di antaranya akan memasang angan2 kawen lagi. Pada si isteri diberi alasan mampu, maklumlah gaji pun tinggi, bakal isteri baru juga bekerja dan mampu menolong menyara keluarga, jadi apa lagi yang perlu dihiraukan.

The Grass Is Always Green And Greener On The Other Side itu yang aku boleh simpulkan selalunya kita spouse tidak melihat kelebihan pasangan kita dan kita selalu nampak kelebihan orang lain itulah kebodohan dan stupidnya kita. Allah swt telah tetapkan itulah jodoh terbaik kita dan mengapa harus ada kecurangan dalam sebuah perkahwinan. Fikir jauh dan fikir panjang itulah pesan mak supaya kita tidak melakukan sesuatu yang akan membinasakan diri suatu hari.




Comments

Popular Posts