Cara mengurangkan kos Hari Perkahwinan

Semalam semasa balik dari opis aku singgah di kedai untuk memberi ice cream topten yang kakak kirimkan. Sempat mata menjeling muka depan Majalah Wanita Cara Mengurangkan Kos Hari Perkahwinan. Aku tersenyum. Kita ni nak buat apa saja nak bagi orang tengok itulah antara penyebab mengapa kos hari perkahwinan bertambah-tambah. Di tambah lagi dengan promosi perkahwinan artis yang meletup-letup. Ia umpama iklan yang memberi pengaruh kepada orang di luar sini.
Info hantaran terkini
Aku pernah menjadi raja sehari. Aku seorang penjawat akaun dan definisi hidupku amat simple. Buat ikut syariat dan agama dalam apa saja langkah kehidupan kita.Aku amat bersyukur ada abah yang sealiran pemikiran denganku. Wang hantaran yang dikenakan kepada cik B boleh dikatakan rendah berbanding harga pasaran macam nak jual barang pulak. Aku dan cik B tidak mengeluarkan belanja yang banyak dalam majlis perkahwinan kami tak ada pelamin walaupun abah menumbangkan seekor lembu dalam majlis tersebut. Aku tidak menggunakan khidmat andam sbb aku tak suka muka diconteng selamat duit ***pegang calculator. Abah dan mak adalah insan yang selalu memikir jauh kehadapan. Selalunya jika kenduri jiran tetangga abah dan mak tidak kering tangan menolong dan memberi mengikut kemampuan. Alhamdulillah semasa majlis perkawinanan ku penuh satu rumah dengan bunga telur, hantaran erm selamat lagi RM RM mahai teloq bunga dia lagi bukan sekupang dua dan saudara dan jiran menolong. Cadar aku belikan versi English Cotton walaupun mak memang marah gila sbb masa tu trend cadar satin. Dalam kepala aku versi jimat cadar cotton boleh guna lama dan selesa erm sampai sekarang dah 15 thn cadar dan comforter tu masih ada. Kalau buat susut nilai cadar aku dah dapat profit he he he.

Dalam kepala hotak saving saving ..semalam masa dok bersembang dgn cik B pun dok kata kat dia dia ni lagi 16 thn nak retire kena maksimumkan saving minimunkan debt. Kita tak tahu apa akan berlaku dimasa depan kita seperti yang normah tulis dalam blog dia cempakamelur "Bagaimanakah mereka (anak2)? Dengan siapakah mereka hendak duduk.Mampukah orang melayani karenah mereka. Sudah biasa mempunyai pelbagai keinginan yang biasanya dipenuhi. Setiap kali raya, baju baru yang berjenama. Segala kelengkapan sekolah yang sempurna. Segalanya baru setiap tahun. Hujung minggu jalan-jalan bersama. Hujung tahun lagi jauh perjalanan. Kelas tambahan, kelas al quran semua berbayar.Itu belum kira lagi pelbagai rencam kehidupan masyarakat kini yang serba mudah, moden dan berteknologi. anak-anak kita sudah biasa dengan semua itu. Bagaimana jika kita tiada?"

Sebenarnya hari perkahwinan cuma sehari mengapa kita harus memhabiskan ribuan ringgit untuk satu hari sedangkan langkah kita beribu-ribu hari lagi. Pada aku tidak wajar menggunakan wang untuk sesuatu yang tidak memberi menafaat seperti pelamin, andam, photo. Memang benar kita ingin mengenang hari yang bersejarah namun bait-bait akad itu sendiri yang wajib kita ingati berbanding gambar2 dan pelamin. Teringat kata-kata seorang saudara pada yang dok mengatai nak bercouple cuba pi belek susu baby, lampin baby berapa harga sebelum nak terhegeh berlaki atau berbini...suatu kata2 yang agak keras tapi sebagai ingatan supaya kita sentiasa beringat. Sediakan payung sebelum hujan.

Comments

Popular Posts