Semalam Ayu PM..."Sal hang block hanim ka"...aku terkebil-tebil ish bila pulak aku block orang sebab aku memang susah nak block-block. Walaupun kadang kala syaitanurajim berbisik namun aku cuba sedaya upaya tidak mahu pandang negative pada orang lain. Semua insan ada kebaikan dalam diri mereka jangan pandang perkara yang negative. Jangan berkecil hati jika orang lain salah faham pada kita.Kerana Allah faham akan isi hati kita.Jangan gusar jika ada yang menghakimi kita.Kerana tiada hakim sebaik ALLAH..
|
Permata hati mama & papa ....alahai tak dak pulak pic baby waleed |
Pagi ni aku call ayu bagi tau ish mana ada aku block sesapa dan aku dah check kat akaun aku pun. Sebagai manusia kita tidak lari dari dipandang semberono oleh pihak yang lain jadi terimalah apa saja pandangan tersebut dengan redha yang baik itu datangnya dari Allah SWT dan yang buruk itu dari kelemahan diri. Andai yang buruk dipersoalkan maka inilah masanya untuk kita memperbaiki diri mungkin benar ada kekhilafan diri sebab kita bukanlah sempurna.
|
si tecit yg membuatkan hati mama tenang |
Aku masih dalam learning process...belajar menenangkan diri dan belajar menjadi insan yang memahami insan lain. Bak kata cik B jangan melenting bila keburukkan kita dibicarakan ada baiknya mungkin itu hint dari Allah SWT untuk kita memperbaiki diri dan jadilah insan yang sentiasa belajar dan bersabar, Buang ego dalam diri.
Comments
Post a Comment