Jom mencuba resepi Puding Roti, Kueh Sago, Roti teloq, Kueh Wadey dan Kari Kedah Mai

Puding Roti
Visi Oktober mencuba resepi kan....puding roti memang selalu buat tp selalunya mcm mcm tu saja kali ni buat sekali dengan sosnya ....letak di meja tgok baby waleed dah habis dikerjakan cik B dan anak-anak resepinya aku ambil dr link yang ada dalam blog bff aka anak menakan normah Duniaku.

Roti telur
Breakfast punya menu. Cik B memang bukan jenis makan yang berat. Nilah yang selalu bini dia buat kalau tak buat telur separyh masak he he he. Menu senang dari dulu dia kata, "papa bab makan memang senang mama goreng telur pun papa makan" memang betul. Bukan susah pun nak buat kena ada roti gardenia (yang aku guna la) teloq 2 biji gula 3 sudu. Pecahkan teloq dan kacau dengan gula sehingga gula sebati dengan telur. Panaskan kuali masukkan butter. Rendam roti dalam telur yang telah dikacau dengan gula dan letakkan atas kuali leper yang panas. taraaa dah siap senangkan. Ini pun kalau letak atas meja mau sebuku big jumbo gardenia habis dikerjakan papa & anak2.

Kueh sagu hijau
Kueh sagu lagi yang cik B dan al khattab suka. Ada saja stok sagu di rumah. "mama sagu ada lagi" tanya cik B word nak hint suruh buat kueh ni.

1 cawan sagu (rendam dulu sagu)
2 cawan air
1/2 cawan gula
Kelapa parut dan sedikit garam – digaul
Sedikit pewarna merah (warna lain pun boleh)
Cara-cara
  1. Bersihkan sagu.
  2. Masak air dan gula sehingga larut.
  3. Masukkan sagu dan kacau sehingga likat.
  4. Masukkan pewarna merah dan kacau sehingga sekata.
  5. Tuangkan ke dalam bekas dan sejukkan. Kemudian potong dan gaulkan dengan kelapa parut.
Kalau ikut petua mertua sagu perlu dimasak dulu dengan air supaya sayu tersebut tidak bermata-mata (putih) kemudian dimasukkan air gula. Aku modified masak sagu dan kukus langsung tak ada mata.

Kueh Wadey
Kueh ni mak jang shah alam selalu buat dan cik B memang suka sebenarnya apa saja yang mak jang buat cik B suka. Macam sago, kacang dal  antara stok yang wajib ada.

bahan-bahan
100gm kacang dal (rendam dahulu)
2biji bawang merah
4 biji lada kering
jintan putih
jintan manis
garam

cara-cara
1.kacang dal direndam dahulu,3-4 jam(lagi lama lagi bagus) yang di atas sbb tak lama direndam jadi aku sikit derhaka tambah tepung sbb nak blend tak boleh tambah air bila cair tambah tepung dah jadi mcm kodok kacang dal he he he he
2.Kisar halus kacang dal,kemudian toskan kacang dal,jgn terlampau kering sgt,nnt susah nak bentuk
3.Bawang Merah & Lada Kering dipotong sederhana besar
4.Masukkan kacang dal yg dikisar dalam mangkuk,campurkan bawang merah,lada kering,jintan manisjintan putih dan garam kedalam kacang dal dan gaul sebati
5.Ambil sedikit kacang dal,bentukkan bulat dan kemudian penyekkan sedikit untuk membentuk kacang dal
6.Goreng smpai warna kekuningan

Kari/Gulai Ikan duri
 Resepi turun temurun pida he he he fresh from atas dapur kat atas meja pun lagu ni la. Anak2 pesyen tak suka kalau gulai ka sayoq ka tomyam ka letak dalam mangkuk.Cik B memang suka gulai pida jarang aku nak buat sbb kalau buat makan anak2 beranak ni berganda-ganda terutama si Al Khattab papa dia tak pa la makan la lagu mana pun menten kurus. Sekali sekala saja no.

Bahan:
Ikan duri/Ikan tenggiri/Bawal/ikan menung pun boleh
4 sudu rempah kari ikan (aku pun chap O versi Kedah) masukkan air panas half tea cup.
air asam jawa
Kacang bendi (alkhattab pangge kacang telinga)
Santan 
Garam secukup rhasa
bawang merah dan putih ...ikut suka hati 
halba
minyak masak 7 sudu

Cara membuatnya

Blend bawang merah dan putih. Bahagikan 2 bahagian. Satu bahagian dimasukkan bersama rempah yang di rendam air panas. Sebahagian lagi dicampur dengan halba dan daun kari *kalau ada la* selalunya aku tak masukkan sbb nanti anak2 tanya, "mama kenapa ada rumput dalam kari ni". Bahagian yang dicampur dengan halba ini  ditumis sehingga kekuningan kemudian masukkan rempah. Kacau sehingga rempah masak kemudian masukkan air asam **kalau ikutkan kak ipaq selalu dia masukkan air asam selepas santan** kacau lagi  kemudian masukkan ikan. Agak2 la ikan tu nak masak masukkan bendi. Kemudian santan. kemudian masukkan garam. Dah masak hidangkan untuk di makan.




Comments

Popular Posts