Mode nak balik Kedah
Dalam kepala aku teringatkan mak dan abah. Memang plan aku dan B nak balik raya haji ni cuma ada kekangan iaitu kakak ada exam sebelum dan selepas raya. Biarpun hanya exam hujung tahung kami menghormati kekangan tersebut. balik tetap balik cuma tak lama. Kali ni balik beraya di pida, bulan lepas aku ingat nak buat akikah sekali namun melihat kepada kesihatan mak terpaksa ditunda dahulu lagi pulak balik sekejap saja.
Semalam Incik Rusli menelefon lagi. Seorg abang yg dulunya rapat dengan ku mengadu rasa mengenai adik-adiknya yang juga abang-abangku. Aku seorang adik bongsu pandangan mataku berbeza dengan pandangan kakak2ku mungkin disebabkan perbezaan umur. Namun sebagaimana yang dikatakan oleh Naz suami Angah budaya melayu selalu memperlekehkan pemikiran golongan muda. Mereka masih mengguna pakai budaya aku makan garam dahulu jadi aku lebih tau dari kamu sedangkan ilmu dan pengalaman tidak pernah mengenal umur. Apapun aku masih menghormati mereka sebagai orang tua.
pais atau fayed anak bongsu incik rusli hobinya explore kampung |
Semalam baru aku perasan seorang anak menakan telah unfren mungkin selepas aku menegurnya kerana upload gambar bersama awek di muka buku. Semasa menegur niatku ikhlas yelah anak menakan mungkin caraku salah dan orang tidak suka kita membuat teguran. Take note. Those anak menakan terutama anak incik Rusli selalu aku tegur tp mereka terima terutama Bang Am anak menakan comel aku since kecik kalau balik kamping mengekoq Chu Na saja gheja dia. Bak kata angah bukan semua org boleh menerima teguran waima saudara kita sekalipun dan padaku mungkin itu kelemahanku tak pandai menegur cara berhemah kutttt....ampunilah aku ya Rabb
Mode balik kampung dah bermula..... :)
Comments
Post a Comment