Akhirnya ....

Al Khattab, "mama boleh tak abg tak duduk di asrama". Tahun ini saja berulang kali permintaan itu keluar dari mulutnya. Berfikir dan berfikir dan aku dah nekad sekolahkan Al Khattab bersama-sama kakaknya biarlah mereka menghabiskan masa remaja bersama-sama kami. 

Semalam terbaca post adik temanku, Ku Masni "kdg2, kita hendak ibubapa memahami kesibukan kita, tanpa kita memahami kesesakan hati mereka : bukan niat meninggikan diri, tapi, atas apa yang dialami sendiri - setiap mgu berulang alik meng outingkan anakanda , sy cukup menghargai kasih sayang seorang mak... tiada bandingannya. meski terpaksa terperangkap dlm kesesakan jalanraya selepas  menghantarnya balik ke asrama ( 2 1/2 jam dr Ipoh ke Kampar-sy sgup, demi anak2 sy) dan sy kira- inilah yg mak sy alami selama ini... sgup buat apa sj demi anak2..Semoga Tuhan sentiasa merahmati mak!!

Aku kenal sangat dengan bonda Ku Masni & Ku Melor iaitu Ku Sepiah. Mak Cik Ku Sepiah seorang ibu tunggal yang amat tabah. Kagum aku melihat ketabahannya. Bila terbaca post anak bongsunya ini tetiba aku teringatkan Mak Cik Sepiah yang amat bersabar dengan kerenah anak-anaknya. Berulang-alik mengambil anak-anak sedikit memenatkan sehingga tidak ada benda lain yang dapat difikirkan namun setiap perbualan dan kata-kata semasa dalam kereta bersama mereka sedikit sebanyak terpahat didalam jiwa mereka. Ibu bapa adalah cermin kepada anak-anak. Semoga keputusan ini adalah yang terbaik Ya Rabb 

Comments

Popular Posts