Tanggungjawap sebagai ibu bapa
Sebagai ibu bapa sebesar mana pun anak-anak mereka adalah amanah kita. Sebagai pemegang amanah adalah menjadi tanggungjawap kita memberi teguran dan nasihat jugak tunjuk ajar kepada anak-anak supaya mareka sentiasa di jalan yang di redhaiNYA.
Ketika anak-anak masih kecil berilah
didikan menurut syariat Islam. Pada tahap ini ajarilah dengan sebutan
kalimah-kalimah suci Allah (al-Quran). Peringkat usia kanak-kanak mereka
akan mudah mengingat apa yang diajar. Oleh itu ibu bapa hendaklah :-
i- Menanamkan asas-asas keimanan
ii- Berlaku adil terhadap anak-anak dalam memberi kasih sayang, pendidikan, makanan, tempat tinggal dan sebagainya.
iii- Mengasuh anak-anak dengan lemah lembut dan bersopan santun.
iv- Mempamerkan akhlak yang mulia dan terpuji.
v- Mengampuni dan mengasihi anak-anak dan lain-lain ahli keluarga dengan penuh kasih dan sayang.
vi- Mendidik anak-anak ke jalan yang diredhai Allah SWT.
vii- Menunjukkan teladan yang baik pada anak-anak.
viii- Bertanggungjawab mencipta sebuah rumahtangga yang aman bahagia untuk didiami oleh anak-anak.
ix- Bertanggungjawab memastikan anak-anak dijaga dengan baik.
x- Bertanggungjawab memberi pendidikan dan pelajaran yang berguna dan menghantar mereka ke sekolah-sekolah.
xi- Mengajar anak-anak mengerjakan sembahyang, mengaji al-Quran dan melatih anak-anak berpuasa.
xii- Mengajar anak-anak dengan ilmu yang dapat menjadi perangsang bagi memperkayakan ilmu Islamnya.
Ibu bapa hendaklah sentiasa menyuruh
anak-anak mereka bersifat dengan sifat yang mulia dan murni iaitu
sifat-sifat mahmudah. Mereka juga mesti melarang anak-anak dari
melakukan perkara-perkara keji dan tidak elok iaitu sifat-sifat
mazmumah. Oleh yang yang demikian, ibu bapa mestilah terlebih dahulu
memiliki sifat-sifat mahmudah dan kemudian hendaklah diterapkan kepada
anak-anak mereka.
Setelah remaja, ajaran-ajaran agama Islam
yang berkaitan dalam bidang syariah, aqidah dan akhlak perlu diajar
secara terperinci kepada anak-anak di peringkat umur begini supaya
mereka mengetahui, memahami dan dapat menghayatinya. Seterusnya
perkara-perkara baik dan betul tersebut dapat diimplementasikan dalam
kehidupan mereka sehari-hari. Dengan demikian mereka tidak akan mudah
terpengaruh dengan ajaran-ajaran yang menyelewen, amal ibadat dan akhlak
mereka akan terpandu dengan betul.
Oleh itu ibu bapa amat perlu memberi
didikan syariat yang sempurna kepada anak-anak mereka seawal mungkin
bermula dari dalam kandungan ibu lagi seperti kata pepatah “Melentur
Buluh Biar Dari Rebungnya’ agar anak-anak dapat hidup bahagia, berjaya
dan membesar dalam keadaan sempurna tanpa terpengaruh dengan
gejala-gejala negatif yang boleh merosakkan hidup mereka
Comments
Post a Comment