Teman Kecil
Setiap insan mesti ada teman bermain ketika kecil. Teman yang selalu bersama di zaman kanak-kanak. Sama-sama mencipta angan-angan dan cita-cita. Sama-sama memahat kenakalan. Sama-sama memeningkan kepala ibu bapa. Masa itu sudah lama berlalu namun ianya masih bertapak diingatan. Sebagaimana pepatah..tempat jatuh lagi di kenang inikan pula tempat bermain.
Tujuan aku dengan suami menjarakkan kelahiran 2 tahun supaya anak-anak ada teman bersama di zaman kanak-kanak mereka. Mereka amat antara satu sama lain. Pengalaman kakak sulung menjadi inspirasi si abang (anak kedua) dan alang. Mereka juga berkongsi teman selalunya teman kakak secara tidak langsung menjadi temn mereka juga. Namun agak simpati pada si kecil Siddiq saat kakak dan abang bercerita mengenai pembelajaran sekolah dia masih dengan dunia kecilnya keseorangan.
Jarak umurku dengan kakak dan abang agak jauh. Bongsu tersesat agaknya aku ni..he he he jadi anak buah iaitu anak kakak ku yang menjadi temanku ketika kecil.
Normah anak sulung kakak merupakan teman yang rapat denganku ketika kecil. Dia muda setahun daripadaku namun dia mempunyai kelebihan bergaul mesra (friendly) dengan orang berbanding aku. Itu yang membuatkan aku kagum dengan anak buah seorang ini. Kemana sahaja kami pergi dia pasti cepat beroleh kenalan. Banyak perkara berlaku jika kami berdua bersama.
Kerjaya, lokasi dan kehidupan berkeluarga menjarakkan hubungan kami. Kini hanya mampu berhubungan melalui telefon ataupun FB. Balik kampung pun tidak sempat meluangkan masa seperti zaman kecil dahulu. Yelah memasing sudah ada tanggungjawab sendiri.
Balik ke laman abah baru-baru ini kebetulan mobilku buat hal ...kunfayakun meletakkan kami di Jitra dan bermalam di rumahnya. Tuhanku....lama benar kami tidak dalam suasana ini. Banyak sangat ingin dicerita dan dikongsi.
Jazakallah Mah & Zaki ..sedap sangat kari malam tu. Insyaallah jika pulang kami akan ke sana lagi supaya hubungan anak-anak dapat dirapatkan.
Comments
Post a Comment