Nostalgia Surat
Pagi ini (14.07.2010) topik di Hotfm ...Nostalgia surat, he he he memang teringat zaman dulu2. Yelah masa sekolah aku pernah terima beberapa surat bila diingat memang kelakar. Biasalah zaman sekolah terutama sekolah menengah ada surat adik angkat dan surat mintajadi kawan angkat. Selalunya aku bukan jenis suka melayan jiwang2 zaman sekolah yelah aku ni pegang kuat pesanan mak *jgn dok gatai bermarka*. Tapi entah macam mana aku tersangkut dengan surat dalam bekas tupperwere sekali dengan kueh raya yang aku terima dari sorang abang ensem. Surat itu aku terima selepas jamuan hari raya yang dianjurkan oleh pihak asrama essemjay. Nampak sangat niat pemberi surat itu nak membesarkan badan aku yang keding masa zaman sekolah dulu sehingga kini dia sudah menaikkan beratku 20kg sehingga aku menjadi HULK hu hu hu hu.
Satu lagi surat daripada orang yang sama ketika aku berada di kolej, terkejut aku bila nama dipanggil oleh orang di pejabat kolej kediaman..rupanya ada Pos Laju daripada KL pada mulanya aku fikir ianya mungkin jawapan permohonan biasiswa yang pernah kupohon rupa-rupanya surat daripada abang ensem. He he he memang dia merupakan penyumbang biasiswa hingga kini........
Surat2......merupakan satu memory & surat nikan menjadi tanda ikatan kami. Always luv U dunia & akhirat....my matt aka abg ensem
Comments
Post a Comment