Komentar: Isu pemansuhan UPSR dan PMR


Padi tadi sebelum melangkah keluar rumah sempat aku menonton rancangan bual pagi, MHI. Ianya berperihal soal keputusan meja bulat mahu UPSR dan PMR ditambah baik. Lega dengan keputusan ini, bukan apa resah aku dengan apa yang berlaku di negara ini tukar pucuk pimpinan Kementerian Pelajaran maka pelbagai perencanaan baru yang bakal mengucar-gacirkan guru, ibu-bapa dan pelajar sekolah. Pemansuhan peperiksaan tersebut akan memberi impak yang besar dari segi sosial dan budget keluarga.

Berbalik kepada MHI, aku tertarik dengan komen seorang ibu yang mengatakan sekolah sekarang tidak dapat membentuk pelajar yang mampan. Iaitu yang pandai buat kaji selidik (research), pandai bercakap (puclic speaking) dan beberapa kriteria lagi. Aku tersenyum dengan buah fikiran ibu itu dan aku pasti ramai ibu-ibu diluar sana berpendapat sedemikian.

Bagi aku sekolah adalah untuk anak-anak mempeolehi pendidikan formal dan pendidikan yang lain seharusnya diterapkan dari rumah. Kita ibu bapa kitalah acuannya. Kita ibu bapa kitalah yang mewarnai anak-anak kita. Keyakinan, kepetahan, keberanian seseorang anak adalah datang dari didikan ibu bapa, guru hanya mampu mengasah apa yang telah ada dalam diri anak-anak tersebut.

Walaupun tinggal di kosmopolitan tidak mungkin kita tidak ada masa untuk menjengah masjid atau surau atau aktiviti kebajikan. Dan senggang sebegini akan diikuti oleh anak-anak dalam pembawaan mereka di masa akan datang. Seharusnya anak-anak dibiasakan dengan membawa mereka melawat golongan emas supaya di hati mereka terpalit rasa sayang kepada orang-orang tua. Kurangkanlah aktiviti membuang masa seperti membeli belah, berpeleseran terutama di waktu maghrib kerana ianya akan mempengaruhi jiwa anak-anak kita.

Pendapatku apa sahaja pendekatan yang ingin diperkenalkan tidak akan membentuk insan yang beriman dan bertakwa jika kita sebagai ibu bapa tidak memainkan peranan.

Comments

Popular Posts