Shopping Raya
Baju raya sebenarnya sudah dihantar kepada tukang jahit bulan lepas tapi kali ini carikan kain untuk anak dara berdua itu. Oren.....warna tema tahun ini.
Masjid India & Jalan Tar merupakan lokasi utama untuk membeli-belah untuk hari raya. Namun aku bukanlah shoperholic dan aku jugak tidak suka bersesak hanya kerana mahu membeli sesuatu. Perancangan dan budget adalah penting bagiku. Paling aku risau terkeluar dari perancangan.......namun kita hanya merancang Tuhan yg menentukan. Kain untuk baju kurung kakak & alang sudah dibeli tinggal lagi mr Hubby & 2 anak teruna itu.
Kami sempat jugak ke masjid negara untuk solat di sana ..erm lama rasanya tidak menjejakkan kaki ke sana. Terasa aman & tenang.
Tempat terakhir sebelum pulang ....erm menjamu selera dengan makanan ala kelantan kegemaran kami sekeluarga di Kampung Baru...Yummyy
Comments
Post a Comment