Tutup Kedai......


Selepas bayi dalam kandungan meninggal pada awal April lalu langsung aku tidak bercerita soal ini. Sebenarnya sedih dan sedikit kecewa namun kunfayakun adalah milik Allah SWT. Aku tahu ada hikmah disebalik semua ini. Dan bayi yang kami namai Nadhir al Affan kini bersemadi dengan aman disana. Jika dihitung bulan sept nanti adalah kelahirannya.

Hari itu sepatutnya selepas membuat pemeriksaan rutin aku terpaksa menghadiri peperiksaan kelayakan jawatan PTD. Namun ianya terpaksa dibatalkan bila doktor mengesahkan bahawa kandungan tersebut "sudah tiada". Mat tiada di rumah. Sedikit sebak ketika telefon memberitahunya. Selepas mengambil kakak dari kelas tusyen aku kembali ke rumah berkemas dan menghantar anak-anak ke rumah abang di Sg Besi.

Di Hospital Putrajaya sekali lagi doktor mengesahkan kandungan sudah tiada. Aku redha. Dan doktor membuat keputusan untuk melakukan induce keesokkan harinya. Segalanya berjalan lancar namun seperti kelahiran sebelum aku mengalami komplikasi retain placenta dan doktor di situ menasihati aku supaya tidak mengandung lagi untuk mengelak risiko yang lebih teruk di masa depan. Aku akur.

Ahad...Mat telah pulang dan anak-anak sudah di ambil dari rumah abang.

Isnin...Aku dibenarkan pulang bersama dengan jenazah kecil Al Affan. Aku dan Mat terus ke masjid BT 14 dan dengan bantuan orang-orang di sana Affan telah disemadikan. Jazakallah untuk semua yang membantu.

Sesungguhnya jodoh, ajal, maut ditentukanNya kita hanya mampu merancang. Aku bersyukur dengan apa yang kami ada sekarang.

Comments

Popular Posts