Ada apa pada solat


Banyak masjid yang menyambut peristiwa isra dan mikraj. Bentuknya berbeza, kesamaannya ialah ia mengingatkan kita peristiwa agong perjalanan Nabi SAW dari masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa yang diberkati di sekelilingnya kemudian di angkat Nabi SAW bertemu Allah dan dianugerahkan pada Nabi SAW solat.

Apa ada pada solat?

Dalam solat ada sepuluh perkara.

1) Dalam solat ada membesarkan Allah

Setiap bacaan solat adalah untuk membesarkan Allah. Ia bermula dengan takbirarul ihram lagi. Kita lafazkan bahawa Allah yang maha agong dan maha besar.

Jika orang membesarkan Allah, dia akan menjadi mausia yang mengaggap kecil pada dunia. Dan jika seseorang itu telah mengaggap kecil pada dunia, maka dia tidak akan takut dan gentar pada urusan dunia.

2) dalam solat ada meminta petunjuk

Petunjuk jalan yang lurus bukan sahaja dalam bab agama, tetapi dalam setiap keputusan hidup kita. Allah letakkan doa itu di dalam surah al-Fatihah iaitu “Ihdinas Siratal Mustaqim”.

3) dalam solat ada minta ampun pada dosa.

Allah letakkan bacaannya di dalam duduk antara dua sujud. “Rabbigfirli…… (ampunkan aku)

4) dalam solat ada minta kasih sayang dari Allah

Allah letakkan bacaannya di dalam duduk antara dua sujud “warhamni…. (kasihanilah aku )

5) dalam solat ada meminta cukup bagi keperluan kita

Allah letakkan bacaannya di dalam duduk antara dua sujud “wajburni… (cukupkan aku..)

6) dalam solat ada minta kemuliaan

Allah letakkan bacaannya di dalam duduk antara dua sujud “warfa’ni…(angkatlah darjat aku…)

7) dalam solat ada minta rezki

Allah letakkan bacaannya di dalam duduk antara dua sujud. “warzjukni….( rezkikanlah aku…)

8) dalam solat ada minta kesihatan.

Allah letakkan bacaannya di dalam duduk antara dua sujud “wa’aafini,,” (afiatkan aku…)

9) dalam solat ada ucapan syahadah

Ia sebagai mengingatkan perjanjian kita pada dua syahadah iaitu penyaksian bahawa tiada yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhamad itu adalah pesuruh Allah. Ia diletakkan dalam tahyat awal dan tahyat akhir

10) dalam solat ada selawat pada Nabi SAW

Nabi mengatakan bahawa, barangsiapa berselawat pada ku sekali, pasti Allah akan berselawat dan memberikan keselamatan padanya 10 kali. Allah letakkan selawat ini di dalam tahyat awal dan tahyat akhir.

Maha suci Allah yang menganugerahkan pada kita solat dan kebaikan solat itu kembali pada kita. Jika manusia tidak bersolat, ia tidak sekali-kali mengurangkan kebesaran dan keagongan Allah bahkan akan berlakulah kehinaan terhadap orang tersebut.

Antara siri-siri ceramah isra dan mikraj, saya telah memenuhi program forum Isra dan Mikraj di Yayasan Restu pada hari Rabu 14 Julai 2010 jam 9.30 pagi. Rakan ahli panel kala ini ialah ustaz Kamal Ashari.

Forum adalah satu program yang saya suka kerana bukan sahaja para pendengar dapat berkongsi dua sumber berbeza, malahan antara ahli panel juga saling memberi manfaat antara satu sama lain.

Benarlah firman Allah:-

Dan tetaplah memberi peringatan, karena sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman (al-Zariyat ayat 55).

Sesungguhnya ilmu Allah itu sangat luas, semakin kita tahu, sesungguhnya, semakin banyak yang kita tidak tahu.

“Ilmu Pelita Hati”

Al-faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

Comments

Popular Posts