Terjebak.....


Pasar malam merupakan tempat yang kurang aku gemari bukan sebab namanya pasar tapi kerana kesesakan di sana. Selalunya ada orang yang sudi untuk membeli makanan kegemaran di pasar malam.

Sebenarnya setiap malam isnin ada pasar malam beroperasi berdepan dengan sekolah anak-anakku. Aku tak suka isnin sebab jalan di depan sekolah anakku tetiba menjadi huru-hara degan perangai pemandu Malaysia yang sengsara.

Hari ini ....aku sampai di hadapan sekolah 5.50 petang sejam lagi Alang akan keluar. Pasar malam masih lenggang dan masih ada penjual baru membuka khemah. Entah kenapa kakiku bagai tertarik ke sana. Konon hanya nak meninjau tetapi kulihat sayur kampung "pucuk geti/turi" amat segar....mula satu kemudian mainan si toin tak kemudian ikan selepas itu buah dokong..putu piring....roti pita bungkus daging.....tak cukup jari huwaaaa ....rupanya aku sudah terjebak.

Balik di rumah nawaitu asal mahu masak akhirnya hanya tinggal angan-angan bila mymatt balik dengan jejari penuh dengan makanan pasar malam....terjebak...terjebakkk....terjebakkk

Comments

Popular Posts