Pagi yang indah dan petang yang terik....Hutan Simpan Ayer Hitam
Semalam agaknya hujan jadi pagi tadi bumi klang valley diselimuti dengan kabus.....amat nyaman dan indah sekali. Kaya oksigen. Pokok-pokok membugar kehijauannya. Persis lamam abah Pida sanglang..nyaman sebagaimana Kuala Ketil..shahdu pemandangan Hutan Simpan Ayer Hitam sebagaimana Bukit Keplu.
Perjalanan ke ofis tenang sekali tidak perlu memecut 140 perkm.
Petang takala pulang terik sekali. Dan ketika sampai di berdepan dengan Lim Kok Wing Universiti kuterperasan yang bukit di situ sudah dibogelkan untuk laluan projek perumahan mewah. Patut panas pun. Pelepasan karbon dioksida melebih oksigen. Manusia tidak pernah puas dengan apa yang mereka dapat. Sudahlah Hutan Simpan Ayer Hitam ditarah sedikit demi sedikit hingga kini sudah tidak kelihatan sang helang keluar berlegar diruang udara Puchong. Semalam kesengaja melihat Hutan Simpan Ayer Hitam dari Google Earth. Amat sedih. Bila berada dibalkoni apa yang kulihat kini hanya deretan rumah mengantikan keindahan dan kehijauan Hutan Simpang Air Hitam.
Comments
Post a Comment