Mama NGO
Hari ini anak-anak ada janji untuk swimming dengan kawan-kawan. Mataku sedikit berat maklumlah bangun dari pukul 5 pagi kurebahkan kepala dibahu sofa. "Mama..ada orang nak jumpa mama ..pakai tudung labuh", beritahu Alkhattab yang kebetulan baru hendak keluar ke kolam renang. "Sapa pulak ni", keluhku sambil memandang Mat. "Mama orang tu cakap dia dari Pas", jelas Alkhattab lagi. "Bagi tau orang tu mama NGO", aku berseloroh tak sangka pula Alkhattab sampaikan apa yang keluar dariku. Mat keluar memberitahu yang aku tidak sihat.
Aku lebih suka begini. Aku tidak mahu taksub kepada mana-mana pihak. Sepertimana yang aku pernah katakan pada kakakku aku tidak mahu terlalu taksub kepada sesuatu belajar ilmu agamapun kita perlu membuat rujukan dari ramai guru. Ketaksuban akan menjumudkan diri kita kita. Aku tetap pegang.."Islam is the way of life". Aku dan Mat mempunyai pendirian sama. Aku hormati pendirian setiap pihak dan aku juga minta orang lain menghormati pendirian kami. Ramai yang mengintai keindahan Islam jangan kita umat Islam sendiri yang merosakkan keindahan tersebut.
Comments
Post a Comment