Kakak
60 Hari lebih lagi peperiksaan UPSR. Peperiksaan besar pertama buat puteri sulung...kakak, Alhamdulillah buat masa ini dia menunjukkan prestasi yang membanggakan walaupun kadangkala prestasi tersebut belum berada dalam standard yang kumahukan. Namun aku bersyukur dia adalah anugerah yang indah dari Allah SWT. Sebagai ibu aku tidak perlu bekerja keras dalam mendidiknya. Dia amat mudah memahami. Diakurniakan Allah SWT dengan kecerdikamn membuatkannya boleh membaca seawal 3 tahun dan merupakan antara pelajar yang cerdas. Namun begitu sifat keremajaan bersama teman jika tidak dipantau sedikit memberi kesan kepada keseimbangan pelajarannya.
Semalam sabtu...seharian dia terpaksa menghadiri kelas tusyen. Sebenarnya aku dan suami risau dia mungkin keletihan memandangkan anak yang displin ini sebagaimana abah bangun awal kerana risau lewat ke kelas. Bukan hari ini saja dia bangun awal malah setiap hari dia akan bangun seawal jam 5.50 pagi. Amat berdikari sebagai seorang kakak. Aku amat bersyukur .........

Comments
Post a Comment