Aku dan Marah


Aku dilahirkan dan dibesarkan dalam situasi yang aman. Dek kerana itu aku sukar untuk marah. Sebagai anak bongsu aku sentiasa "happy go lucky". Aku nakal takala zaman kanak-kanak dan remaja dan selalu dimarahi oleh kakak-kakak namun tiada langsung rasa marahku pada mereka semua. Bagiku marah mereka bertempat dan kukagum dengan abang-abangku yang mewarisi sifat mak pandai mengawal marah.

Mengapa aku marah? Dan bila aku marah rasionalnya aku akan cuba melupakan perkara yang membuatkan aku marah jugak orangnya. Secara tidak langsung orang yang membuatkan aku marah akan hilang daripada ingatanku....ku pohon maaf bukan niatku untuk memutus tali silatulrahim namun aku rasakan inilah yang terbaik sebelum aku menjadi lebih marah lagi jika terus membiarkan ingatan itu subur difikiran.

Paling aku marah pada insan yang gemar membuat cerita yang langsung tidak betul mengenai diri dan keluargaku juga teman-temanku. Lantaran cerita-cerita tersebut telah memberi impak negative terhadap perhubunganku dengan insan lain. Bak kata pepatah...."kerana pulut santan binasa kerana mulut .....".

Kita manusia merupakan insan yang tidak sempurna usahlah menelek lemah orang lain, mereka cerita untuk org membenci kerna perkara tersebut akan kembali kepada diri sendiri...

Bila marah aku akan diam. Bila aku diam tandanya aku marah.

Comments

Popular Posts