Jawapan tetap sama walaupun formula berbeza

Tidak kira siap kita ttp jika ditanya ramai yang mahukan kehidupan yang diredhai Allah SWT cuma jalan yang dipilih berbeza-beza. Ada yg merasakan cara extreme sesuai namun ramai yang menyokong cara bersederhana. Seperti untuk mendapat jawapan 10, ada yg menggunakan kaedah tambah, tolak, darap dan bahagi. Begitulah kehidupan kita.

Orang yang menggunakan formula tambah tidak boleh sewenang menyalahkan kaedah tolak atau bahagi dengan mengatakan cara mereka salah atau berada diluar lingkup hukum agama. Begitu juga 5 darab 2 juga tidak boleh di samakan dengan 5 darab 3 kerana jawapannya adalah berbeza dan membawa kepada masalah lain jika di suai padankan.

Mengapa Allah SWT memberi jalan penyatuan puak muhajirin & ansar ianya sebagai petunjuk kepada kita kekuatan yang terhasil daripada perpaduan, persepakatan, keharmonian dan yang lebih penting persaudaraan sesama umat itu sendiri.

Daripada kata kuncinya persaudaraan, maka itulah yang dilakukan oleh baginda sebaik sahaja tiba di Madinah.

Iaitu menyatukan antara umat Islam yang berhijrah dari Mekah, yang dikenali sebagai Muhajirin dengan penduduk Yathrib terutama berbangsa Arab, yang kebanyakan mereka telah memeluk Islam.

Persaudaraan yang dimaksudkan tidak sekadar satu pengakuan tetapi usaha penyatuan yang sehingga melibatkan soal pusaka mempusakai. Walaupun pada asalnya, mereka tidak mempunyai sebarang hubungan.

Persaudaraan seperti itu disifatkan sebagai yang paling indah dan unik dalam sejarah.

Ia bermula apabila seramai 90 orang, iaitu terdiri separuh daripada Muhajirin dan separuh lagi golongan Ansar disatukan dalam sebuah majlis yang berlangsung di rumah Anas bin Malik.

Mereka dipersaudarakan atas asas berkongsi kehidupan dan saling mempusakai selepas berlaku kematian dengan melebihi taraf kaum kerabat yang jauh.

Namun asas pewarisan atau mempusakai seperti itu ditamatkan setelah berlaku Peperangan Badar, iaitu dengan turunnya firman Allah: Dan golongan yang beriman sesudah itu, kemudian mereka berhijrah dan berjihad bersama-sama kamu, maka adalah mereka dari golongan kamu. Dalam pada itu, mereka yang mempunyai pertalian kerabat, sesetengahnya lebih berhak atas setengah yang lain menurut (hukum) Kitab Allah; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (al-Anfal: 75)



Comments

Popular Posts