Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi

"Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi"...peribahasa melayu dulu menerangkan peribadi anak amat dipengaruhi oleh sifat ibu-bapanya. membuatkan aku tersenyum. 

Semalam terdengar perbualan kakak & abang.

Abang: "Kakak esok kalau dah pakai baju skull baru abang nak pakai"

Kakak: "Malas la kakak nak pakai awal2 nanti bajuk redut (berkedut)..tak suka kakak pakai baju kedut  pergi sekolah".

Abang: "Abang pun sama tak suka pakai baju redut ke sekolah rimas abang tgok orang pakai baju tak kemas masa di sekolah & segan kalau orang tgok kita tak pakai baju kemas".

Mama menyampuk, "korang ni sebijik macam papa masa sekolah dulu, semua nak kemas....,mama dulu tak kisah pun asal pergi sekolah, take note apa yang patut, lepak library baca apa yang mama suka sudah la..mama tak kisah langsung apa org nak kata yang penting mama happy".

Kakak: "yelah Alang mesti macam mama kan hari tu kan kakak tgok baju tu kedut la sikit tp dia kata oklah mcm ni, eii kalau akak dah tak pakai baju kedut mcm tu".Aku tergelak di dalam hati sebab aku pernah melakukan perkara yang sama dengan alang semasa di sekolah dulu.

Alang anak ke tiga memang jenis tak kisah apa orang sekelilingnya nak kata apa yang dia pentingkan hanyalah keselesaannya saja patutlah ada teman pernah mengatakan si alang tu sebijik macam kau. Mungkin disebabkan karektor yang sama aku selalu tidak sefahaman dengan alang dan alang agak rapat dengan papanya. Alang juga cepat mengesan emosi orang sekelilingnya yang empatinya pada orang amat tinggi. Ermmm si kecil Siddiq ....buat masa ni banyak persamaan dengan papa tak tahulah esok lusa akan berubah mengikut karektor mama.






Comments

Popular Posts