Dinner ....tetiba rhasa nak makan paprik tp seperti biasa tak pernah cukup bahan, maka bermulalah episod masak ala belasah....buka ice box yang ada cuma sotong, udang, karot dan kacang buncis. Dalam hati ok lah asalkan ada rhasa paprik tp yang bezznya Alkhattab cakap, "mama sedap gila yang mama masak tu", he he he kembang hati mama ....terutama bila tengok pak cik yang makin numoks makan sampai menjilat jari jemari. Oppsss nak dapatkan resepinya pergi kat goggle type, "paprik seafood"...maka akan keluar pelbagai resepi paprik, he he he selamat mencuba & menyelamatkan fulus anda...
Apapun selamat duit mama kalau beli kat MUG MUG atau Along Sea Food alamat dah melayang RM 40 termasuk dengan air.
|
Paprik seafood ala belasah |
|
Kichap mudim..ni kicap rasmi family dulu import mai dari Kedah tp lani bahagian IKS Tesco atau Giant ada product negeri kelahiranku ni |
|
nampak perniagaan Mudim Yahaya Zakaria Mukim Tobiaq Pendang Kedah...support Kedahan product he he he |
|
ni satu lagi menu telur goreng Alang Humairaa..kena gunakan nama dia sbb dia yang beriya nak buat ... |
Comments
Post a Comment