Ibu dan anak

Seorang yang agak rapat denganku memberitahu tidak mahu mempunyai anak ramai kerana takut susah. Aku tersenyum. Ketentuan rezeki bukan milik kita. Rasanya bukan sedikit yang mempunyai anak ramai iaitu melebihi 3 orang namun masih lagi menikmati hidup yang selesa. Pengurusan kewangan amat penting apabila mempunyai keluarga besar.

Kebanyakkan ahli keluarga rapat sekelilingku mempunyai anak melebihi 4 orang. Mereka merancang dan menguruskan keluarga dengan baik di mana daripada penelitianku kebanyakkan anak-anak mereka amat berkualiti daripada segi akademik mahupun agama. Anak-anak mereka amat cemerlang. Kerap kali aku bertanyakan tip kepada mereka terutama sang ibu, jawapan mereka yang antaranya susu ibu, air tangan ibu, doa ibu, dan jangan lupa Yang Maha Besar iaitu Pencipta kita.

Ada juga teman berkata, aku tak mahukan kuantiti tapi mahukan kualiti. Bagi aku tidak kisah berapa kuantiti yang kita ada sebab ditangan seorang ibulah penentu kualiti seseorang anak. Ibu yang baik akan membentuk akhlak mulia kepada individu. Ibu selalunya menjadi cermin kepada seseorang anak. Dek kerana itulah jika orang dahulu ingin bermenantu mereka akan melihat sikap dan akhlak ibu bakal menantu mereka. Sifat dan perilaku seseorang ibu memberi kesan terhadap anak-anak terutama anak perempuan.

Comments

Popular Posts