BERCINTA DENGAN SUAMI ORANG..



Sengaja aku ambil kisah adik ini dari hanan.com untuk diletakkan dalm blog ini kerana teringatkan seorang adikku yang mengalami kisah yang hampir sama.. bercinta dengan suami orang.. aku pohon pada Tuhan agar adik yang mengutarakan masaalah ini dan adik yang kusayangi dapat mengatasi masaalah ini dengan hati yang tenang dan tabah.. sesungguhnya setiap ujian pasti ada hikmah disebaliknya yang hanya Allah saja yang tahu.. moga cahaya kebahagiaan akan datang jua dalam hidup kalian.. insyaAllah..

BERCINTA DENGAN SUAMI ORANG..

sebenarnya saya nak mintak pandangan sahabiah semua tentang perkara ini .......
poligama memang halal tapi sebagai muslimah mungkin ade sesetengahnya merasa amat pahit ....
baiklah sebenarnya ini adalah masalah yang sedang saya alami sekarang ......
saya sebenarnya baru habis SPM dan kini sedang sambung tingkatan 6 di sebuah institut agama .....
masalah saya ialah .... saya ada kenal seorang muslimin disebabkan pertalian kerja dengan keluarga saya .... buat pengetahuan semua muslimin tersebut menjadi kebangaan keluarga saya kerana prestasi yang cemerlang .....
baru-baru ini ..... apa bila saya dilanda masalah .. beliau selalu datang memberi nasihat .... laksana abang .....
saya tidak pernah prasangka terhadap beliau .....
pada beberapa malam yang lepas, belia ada mengajak saya keluar makan utk bincang masalah katanya .... semasa didalam kereta ... memang kami berbincang tentang masalah berkenaan ... tetapi saya merasa lain kerana lagaknya tidak seperti dulu ..... mungkin peringatan dari Allah tiada apa yang berlaku tetapi apa yang saya terkilan .... beliau telah mencapai tangan saya untuk berjanji tidak akan beritahu sesiapa tentang pertemuan yang telah diatur seterusnya ....
saya agak terpana dan berdoa agar Allah selamatkan saya pada malam itu ......
Alahamdulillah .....
Ibu bapa saya tidak mengetahuinya dan saya tidak memberitahu mereka keran ingin menjaga hubungan mereka ....
Selepas kejadian itu beliau seolah-olah meyimpan perasaan terhadap saya ..... saya perhatikan lagaknya ..... buat pengetahuan semua saya memanggilnya ustaz kerana memang itulah statusnya ......
Kadangkala dia memang seperi ustaz yang memang patut di respect ..... tapi apabila bersama saya ...... mengapa dia berubah ..... kami memang tak padan kerana dia dah berumur .... lebih kurang 30 an sedangkan saya baru 18
saya takut dia meluahkan rasa hatinya pada emak saya .... lebih takut lagi jika emak bersetuju kerana dia ada ciri-ciri pilihan hati emak saya ...... dan emak ayah saya sayangkan nya ....... tolonglah ...... saya terlalu keliru ...... hidup saya tak stabil skarang .......
harap ada yang sudi menghulur bantuan mental ....

------------------------- ------------------------- -------------
Wassalamu'alaikum wrwb
Assalamu'alaikum wrwb
Alhamdulillah sebelum kita ke tajuk umi nak tanya anakanda -1) Kenapa anakanda sanggup keluar berdua-duaan saja tanpa teman? kita tahukan yang ketiga pasti syaitan kerana bukan mahram walau yang seorang itu adalah ustaz kerana ustaz pun ada perasaan dan insan biasa bukan maksum.

2) Sepatutnya kalau terpaksa keluar dengan bukan mahram dalam sebuah kereta seeloknya duduk di belakang bukan bersebelahan kecuali kalau naik teksi yang ada penumpang lain elok duduk depan jadi tak berhimpit ( itu pun kalau terpaksa naik teksi).

Sekiranya anakanda ada jawapan maka akan terjawab seterusnya apa yang berlaku pada anakanda malam itu. Umi harap anakanda mohon ampun pada Allah dan elak orang seperti itu kerana jiwa dia tidak ikhlas. Seorang yang berilmu dan jiwa yang baik tidak akan buat begitu tapi akan sabar dan tabah melawan nafsunya.

------------------------- ------------------------- --------------

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wrwb
ummimq
terima kasih atas teguran umi .... saya akui kesalahan saya kerana menerima pelawaannya utk keluar ... tapi saya menerima pelawaan itu kerana menyangka dia tidak mungkin akan mengambil kesempatan memandangkan beliau seorang ustaz dan juga waktu itu saya perlukan nasihat ... saya sama sekali tidak mengangka ... buat pengetahuan umi ... baru-baru ini beliau telah memberi saya sejumlah wang yang besar nilainya .... saya telah menolak tapi tak mampu terus menolak krn beliau suruh juga ambil atas alasan utk telefon jika ada masalah .... beliau ada juga menawarkan beberapa lagi barangan ... tetapi saya tidak memberi sebarang jawapan ..... saya sebenarnya terlalu keliru dgn sikap beliau didepan orang dan di dpn saya ... adakalanya hati saya seolah-olah berkecamuk .... saya betul-betul buntu .... takut ... dan dalam dilema ....
kalau sudi ... umi bantu lah dan tlonglah beri penyelesaian ..

------------------------- ------------------------- ---------------

Wassalamu'alaikum wrwb
Assalamu'alaikum wrwb
Alhamdulillah untuk menjaga silaturrahim dan juga menjaga maruah ustaz itu...anakanda cubalah elak dari bertemu dengan beliau. Berikan alasan yang munasabah kerana ustaz itu sedang dilamun cinta terhadap anakanda. Orang yang sedang bercinta akan lupa hukum hakam. Dan anakanda sebagai seorang berjiwa wanita sememangnya teringinkan perhatian seumpama itu cuma di sini ustaz itu sudah beristeri dan merupakan kenalan keluarga. Anakanda mintalah ustaz itu istikhorah agar Allah beri petunjuk buatnya. Dan bagi diri anakanda sebenarnya beza umur bukan masalah cuma sekiranya sudah bersedia dan rasa mampu untuk menjadi isteri kedua (bermadu) serta diterima oleh semua pihak ... tafadhal ...kerana orang itu adalah ustaz dan ada ilmu cuma istikhorah dan bincang dengan keluarga secara hikmah. Dan minta ustaz tu memberitahu isterinya secara hikmah juga. Kita sama-sama berdoa agar anakanda dapat keluar dari kemelut yang menjadi ujian ramai remaja wanita hari ini yang tersepit antara hukum dan keinginan. Yang penting elak dari menerima sebarang barang atau wang darinya dengan mengatakan berilah pada isteri dan anak-anak ustaz ... selalu ingatkan ustaz tu pada keluarga serta ibu bapa dan keluarganya ...dan elak .... elak dari keluar dan bercakap berdua-duaan dengan ustaz itu. Tutup segala ruang bagi syaitan untuk memasang jerangkap samarnya. Umi dapat rasa anakanda mampu sebenarnya cuma keliru sedikit saja .. .mungkin disebabkan kurang pengalaman dan kurang pergaulan.

------------------------- ------------------------- ---------------

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wrwb
ummimq
umi ...... terima ksih yang tidak terhingga kepada umi atas semua nasihat tersebut ...... sedapatnya .... saya cuba untuk melarikan diri ...... sehingga kini saya idak pernah lagi berjumpa dengan beliau ...... dan rasa fobia utk pulang ke rumah kerana bimbang bertemu dengan beliau ..... terima kasih sekali lagi dan saya akan cuba utk kuatkan benteng antara kami ..... umi doakan saya selamat dunia akhirat ... wassalam .... semoga kita kan bersua

hanan.com

Comments

Popular Posts