Fitnah ibarat api
Jumaat, Januari 15, 2010
Bawang Goreng PADA 1/15/2010 09:30:00 AM
Assalamualaikum warahmatullah,Kemajuan teknologi menyenangkan kita semua tetapi ada segelintir yang menyalah-gunakannya sehingga membawa kepada penyebaran fitnah. Penyebaran berita yang tidak benar melalui SMS dan laman sesawang umpamanya banyak sekali berlaku sehingga mencetuskan kegusaran masyarakat.Walaupun nampak mudah tetapi ini sebenarnya adalah suatu bentuk fitnah yang berbahaya. Mengenai fitnah, Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan.”(QS al-Baqarah [002], ayat 191)Rasulullah SAW juga bersabda yang bermaksud, “Akan muncul suatu ketika di mana ilmu Islam dihapuskan, muncul pelbagai fitnah, berleluasa sifat kedekut dan banyak berlaku jenayah.” (Hadis riwayat Muslim)Islam mempunyai kaedah lebih ketat bagi mempastikan kebenaran sesuatu berita supaya tidak terperangkap dengan berita berunsur fitnah. Sebagai muslim dan muslimah, kita wajib menghalusi setiap berita diterima supaya tidak terbabit dalam kancah berita berunsur fitnah.Ini selaras dengan firman Allah SWT yang bermaksud, “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya dengan teliti, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu musibah kepada kaum dengan perkara tidak diingini (tanpa mengetahui keadaannya), dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (QS al-Hujuraat [049], ayat 6)Jangan anggap menyebarkan berita tidak benar itu sekadar kesalahan kecil. Hakikatnya, fitnah itu ibarat api dan dosa membuat fitnah menjauhkan diri dari syurga. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)Renung-renungkan!

Comments
Post a Comment