Dia telah pergi mengadapNya..Alfatihah buat abang ipaq Ayub Othman

Semalam dalam kesibukan aku melayan beberapa panggilan telefon aku tidak perasan yang handphoneku berdering. Rupanya ada 5 "miss call". Semua panggilan drp keluargaku. Tiba-tiba ada sms masuk drp Angah..."Wa Halim meninggal pkul 4.30 ptg tadi...Alfatihah". Tergamam seketika.

Ayub Othman aka bang Lim..Abang iparku iaitu suami kepada kakakku yang sulung sudah kami sekeluarga anggap seperti abang sendiri. Beliau banyak menghabiskan masa bersama keluarga kami memandangkan ibu dan bapanya berpisah dari kecil dan beliau dibesarkan oleh nenek Batu 6.

Sedari kecil Bang Lim memang sudah ada dalam keluarga kami. Dia juga umpama abang sulung. Menghantar adik-adik jika hendak ke mana dan beliaulah yang menghantar dan mengambil aku ketika mahu menduduki peperiksaan memasuki maktab di Sek Men Sultanah Bahiyah di Alor Setar dan antara ahli keluarga yang marahkan aku kerana menolak tawaran kursus perguruan. Beliau juga menjadi mata abah dan mak dalam mengawasi perilaku adik-adik di bawahnya. Teringat gelaran "mata-mata" kepada bang lim oleh aku dan anak buah, Normah. Dulu aku kurang senang namun kini aku bersyukur kerana tanggungjawabnya itu membuatkan aku menjadi aku kini.

Aku tidak dapat pulang menziarah jenazahnya moga Allah SWT mengurniakan kesabaran buat kakakku dan anak2nya. Kita milikNya dan akan kembali kepadaNya.

Comments

Popular Posts