Penawar menghalang lidah dari mengumpat
Sifat mak banyak masuk di dalam diri ini. Mak seorang suri-rumah yang suka dengan rutin hariannya seharian dirumah dengan memasak dan mengemas dan dia tidak suka kepada jiran-jiran yang menziarahinya semata-mata mahu menyampai-yampai cerita. Mak banyak membuatkan diri ini hanya memandang positif kepada orang lain. Mak banyak bercerita dengan anak-anaknya dan berkongsi pelbagai gelak tawa.
Pesan mak, "adik kalau ke rumah orang mata jangan memandang-mandang dan mulut jangan pecah bila keluar dari rumah itu", pesan mak mantap dalam diri. Dek kerana itulah aku tidak selesa bila ada kawan-kawan mengumpat kawan-kawan lain dihadapanku.....aku lebih berpegang dengan kata-kata, cermin muka sendiri sebelum kita mahu mengata orang lain yang mana boleh menimbulkan konflik di masa depan.
Pesan mak lagi, "kalau dengan A cakap pasal B...diamkan saja dan jangan sampaikan kepada B melainkan apa yang dikatakan oleh A berupa fitnah yang perlu kita klasified dengan B".
Pesan mak dari pesanan Nek Sinah, "sifat pengumpat bila jauh dia akan tunjukkan dengan telunjuk dan bila dekat dgn orang mahu diumpatnya dumuncungkan mulutnya....dan berhati2 dengan orang sebegini kerana lambat laun kita pula akan menjadi umpat kejinya".
ANTARA PENAWAR YANG DAPAT MENGHALANG LIDAH DARI MENGUMPAT
Ketahuilah bahwasanya segala keburukan-keburukan akhlak, dan kelakuan yang terkeji dapat dipulihkan semula dengan pati dan inti ilmu pengetahuan dan amalan.
Adapun penawar untuk mengekang lidah dari mengumpat orang secara ringkas, maka hendaklah seseorang itu mengetahui, bahwa suka mengumpat itu akan mendedahkan dirinya kepada kemurkaan Allah Ta’ala. Tegasnya, bila ia mengumpat orang samalah seperti ia melanggar perintah atau larangan Allah Ta’ala. Maka apabila seseorang itu penuh percaya dengan khabar-khabar (hadis) dan berita-berita yang menegahnya dari ghibah atau mengumpat, hendaklah ia memelihara lidahnya dari mengumpat, kerana takut terjatuh ke dalam dosa. Suatu cara lain yang berguna baginya ialah dengan meneliti diri sendiri terlebih dulu, apakah dalam dirinya itu ada atau tiada keaiban atau keburukan-keburukan. Jika ada, tentulah lebih utama ia membetulkan diri sendiri daripada mengumpat orang lain.
Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

“Bertuahlah orang yang sentiasa bekerja kuat untuk membetulkan diri sendiri, daripada menyebut-nyebut keaiban orang lain.”
Apabila terdapat pada diri seseorang sesuatu keburukan, maka sepatutnya ia merasa malu kerana lalai untuk membetulkan diri sendiri sebaliknya mencuba pula untuk membetulkan orang lain. Seterusnya hendaklah ia faham, bahwa jika ia mendapati orang lain itu bersikap lemah, atau tidak berdaya untuk membetulkan dirinya sendiri. Ini jika keaiban-keaiban atau keburukan itu dilakukan oleh orang itu dengan sengaja dan dengan pilihan sendiri bukan terpaksa. Tetapi jika keaiban atau keburukannya itu memang dari asala semula jadinya, maka mencelanya samalah seperti mencela Tuhan yang menjadikannya. Sebab siapa yang mencela sesuatu ciptaan, maka ia telah mencela penciptanya.
Apabila seseorang hamba mendapati dirinya
sepi dari keaiban atau keburukan, maka sayugialah hendaknya ia
mensyukuri Allah Ta’la yang telah memeliharaya dari segala sifat-sifat
yang tidak baik itu. Dan jangan pula ia cuba mengotori peribadinya
dengan keburukan-keburukan yang amat tercela kelak. Sebab mencela atau
mengumpat orang lain itu diumpamakan seperti memakan daging orang mati,
dan ia adalah terkira antara sebesar-besar keaiban.
Bahkan jika ia menginsafi dirinya dan bertenang sejenak, niscaya ia akan dapati, bahwa sangkaannya yang dirinya itu suci dari segala keaiban dan keburukan itu adalah salah. Ini membuktikan juga, bahwa ia masih belum kenal betul-betul dengan diri sendiri. Orang yang menganggap dirinya tidak pernah bersalah adalah berdosa besar.
Cara yang lain untuk menjaga diri dari ghibah, ialah dengan memahami, bahwa orang yang dicelanya itu akan merasakan pedihnya celaan itu, sama seperti dirinya sendiri bila dicela oleh orang lain. Jika sekiranya ia tidak meredhai orang lain mencelanya, maka sewajarnyalah ia juga tidak meredhai orang lain mencelanya, maka sewajarnyalah ia juga tidak meredhai sesuatu bagi orang lain, sebagaimana ridak diredhainya sesuatu itu bagi dirinya sendiri.
Kesimpulannya: Sesiapa yang memang kuat keimanannya tentulah lidahnya akan terpelihara dari ghibah atau mengumpat orang lain.
TQ UTK PERINGATAN
ReplyDelete