Pekerja bank tak dibenarkan solat..salah siapa
Tajuk berita hari ini di akhbar sinar harian. Pekerja bank tak dibenarkan solat. Salah siapa?.
SHAH ALAM - Sebuah bank komersial tempatan didakwa menafikan hak pekerjanya yang beragama Islam untuk mengerjakan solat di surau bank berkenaan sejak November tahun lalu.
Timbalan Presiden Kesatuan Pekerja Bank Kebangsaan (NUBE), Abdul Jamil Jalaludeen berkata, pihaknya kesal ekoran tiada tindakan diambil oleh pihak berkuasa dalam menangani isu tersebut.
“Bank berkenaan menafikan hak pekerja Muslim untuk menunaikan solat sejak November. Pekerja ini kemudiannya dipecat apabila mereka memohon untuk menolak keputusan bank yang mahu memisahkan mereka daripada keluarga selepas mengeluarkan arahan penempatan semula.
“Pegawai Muslim di Kementerian Sumber Manusia, pihak berkuasa dan Umno gagal untuk melindungi kedaulatan Islam,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Menurutnya, soal kalimah ALLAH mendapat pembelaan sehingga beberapa badan bukan kerajaan dan Umno membuat bantahan namun tiada reaksi diberikan ke atas isu penafian hak pekerja itu.
“Kami terkejut Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerbu premis Persatuan Bible Malaysia (BSM) malah badan bukan kerajaan termasuk Umno turut mengadakan bantahan di sekitar gereja.
“Tapi mereka gagal bertindak ke atas bank tersebut. Adakah bank berkenaan mengatasi undang-undang dan kedaulatan Islam?,” katanya.
Aku pernah bekerja di industri ini kadang-kadang sikap muslim dan muslimah yang menjadi penyebab mengapa perkara ini terjadi. Boleh sahaja kita solat semasa lunch waktu zohor dan solat asar selepas waktu pejabat atau jika masih di pejabat jika tak ada tempat bentangkan sejadah solat.....imagine kita berada di negara non-muslim.....kita perlu cari masa dan tempat bila sampai waktu solat.
Lagi satu yang selalu aku perhatikan, melayu muslim kita selalu mengambil masa yang lama di surau terutama kepada yang solat zohor dihujung waktu dan terus dengan solat asar. Dulu semasa di tesco selalu kami melakukan perkara ini ttp selepas ada kesedaran terus berhentikan aktiviti yang memungkin melemparkan diri neraka wail.
Jaga waktu. Jangan jadikan surau sebagai tempat tidur dan jangan sesekali jadikan surau sebagai tempat bergossip atau tempat kita melakukan aktiviti sampingan. Kerja itu ibadat. Jika kita menghormati tempat solat kita pasti orang lain akan menghormati kita. Pernah boss non muslim bertnya, duration waktu zohor dan asar bila melihat aku pergi solat....aku terangkan kepadanya dan dia pelik, "kenapa orang lain saya tengok lama sangat pergi sembahyang", ... aku cakap kepadanya, "sebenarnya tak lama......". Hormati masa....
"Demi Masa! (1) Sesungguhnya
manusia itu dalam kerugian (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal
soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan
dengan sabar.(3)- Al-Qur'anul Karim; Surah Al-'Asr (103) ayat 1-3)
SHAH ALAM - Sebuah bank komersial tempatan didakwa menafikan hak pekerjanya yang beragama Islam untuk mengerjakan solat di surau bank berkenaan sejak November tahun lalu.
Timbalan Presiden Kesatuan Pekerja Bank Kebangsaan (NUBE), Abdul Jamil Jalaludeen berkata, pihaknya kesal ekoran tiada tindakan diambil oleh pihak berkuasa dalam menangani isu tersebut.
“Bank berkenaan menafikan hak pekerja Muslim untuk menunaikan solat sejak November. Pekerja ini kemudiannya dipecat apabila mereka memohon untuk menolak keputusan bank yang mahu memisahkan mereka daripada keluarga selepas mengeluarkan arahan penempatan semula.
“Pegawai Muslim di Kementerian Sumber Manusia, pihak berkuasa dan Umno gagal untuk melindungi kedaulatan Islam,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Menurutnya, soal kalimah ALLAH mendapat pembelaan sehingga beberapa badan bukan kerajaan dan Umno membuat bantahan namun tiada reaksi diberikan ke atas isu penafian hak pekerja itu.
“Kami terkejut Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerbu premis Persatuan Bible Malaysia (BSM) malah badan bukan kerajaan termasuk Umno turut mengadakan bantahan di sekitar gereja.
“Tapi mereka gagal bertindak ke atas bank tersebut. Adakah bank berkenaan mengatasi undang-undang dan kedaulatan Islam?,” katanya.
betul tu,sy paling sakit hati jenis yg suka bersembang kat surau
ReplyDeletesolat tak smpai 5 minit kot
tak boleh ke bersabar sikit
nak sembang bukan surau tempatnya