Observer

Aku anak bongsu.
Suka memerhati/observer

Dari dulu lagi aku sentiasa memerhatikan bagaimana kakak dan abang mendidik anak-anak mereka. Aku suka dengan nama anak-anak lelaki Mak Cik Teh (adik abah) yang seragam bermula dengan Jamal. Aku suka bila anak-anak buah satu persatu memacu kejayaan dalam pelajaran dan pekerjaan hasil dari didikan kakak2 dan abang. Dan aku tertarik dengan cara kakak ipar mentalbiahkan anak2 untuk sentiasa tetap dengan solat. Aku juga kagum dengan ketabahan kakakku yang kedua dalam mengharung kehidupannya. Mak adalah sumber kekuatan dalamanku.

Bila memasuki alam pekerjaan aku diketemukan dengan ofismate nonmalay yang hari-hari membicarakan soal education dan dalam hal ini pengaruh darinya amat kuat sekali. Teman chinessku ini orang Sungai Besar mempunyai keluarga besar. Dia selalu bercerita penekanan ilmu di dalam keluarganya. Paling aku kagum dia berdegree Accountancy Australia hanya melalui sumber kewangan kakak dan abangnya. Malah dia juga membuat declaration sekarang her turn untuk membantu adik-adiknya pula.....wow aku kagum.

Dan apabila memasuki alam perkahwinan aku memerhati lagi. Kuperhatikan gaya mak jang yang sederhana dalam mendidik anak2 sehingga berjaya dengan straight A's memberi impak positive dalam diri. Setiap kata-kata mak jang dalam perbualan kujadikan petua dan nasihat untuk diri sendiri. Kata2 Mak Cik Pah, Mak Cik Zan dan Mak Teh banyak mencetus perubahan dalam diri dan Mak Long Timah aku jadikan ikon yang paling istimewa buat diri ini terutama dalam mendidik diriku untuk membantu saudara-mara lain.

Selepas berpindah dari Pantai Hill kami menyewa di Puchong Jaya yang mana kejiranan kami 95 peratus adalah bukan Melayu. Sebenarnya banyak perkara yang terserap disini seperti budaya kalut mencari ilmu bangsa cina dan budaya tidak gerun dengan hiburan. Jiran depan, belakang, tepi, depan semua chiness sampaikan anak sulung kami pun disangka chiness. Itulah salah satu faktor mengapa ke tiga-tiga anak kami di kindergarden Qdess ketika itu. Bila anak sulung kami berjaya mengatasi semua anak2 bangsa lain di Qdess semua jiran-jiran chiness mengucap tahniah dan bangga. Malah mereka yang senior turut memberi tips seperti advice kami hantar anak2 ke Kumon, Sek Jenis Keb (supaya boleh membaca dan bertutur dalam bahasa mereka) dan pelbagai.....

Kemudian kami berpindah ke kediaman tetap kami sekarang. Perkara pertama yang aku ingat adalah kejayaan anak2 jiranku iaitu anak Kak Siti dan  Nor dan Kak Bibah mempeolehi straight A's dalam UPSR. Kagum aku dengan mereka. Kejayaan anak2 mereka aku jadikan inspirasi dalam mengolah caraku mendidik anak2. Orang-orang sekeling banyak memberi inpirasi positif kepada diriku melalui pelbagai bentuk ada melalui cara mereka menjaga kesihatan diri, kecantikan diri, tabah menghadapi kerenah hidup ......jazakallah semoga Allah SWT sentiasa merahmati kalian.

Ketika aku berkerja di sebuah hospital swasta aku melihat pelbagai kisah benar dihadapan mata. Kisah suami yang setia menemankan isteri yang lumpur, kisah jiran yang baik hati melangsaikan hutang hospital jirannya juga kisah si tanggang juga ada disana. Setiap satu cerita memberi impak positif kepada diri.

Kini bila berada didalam media sosial banyak perkara yang memberi impak positive kepada diri. Dorongan dari kejayaan orang lain cuba ku olah dan terjemahankan dalam inpirasi memacu kejayaan dunia dan akhirat anak-anak.

Setiap insan memberi nilai positif jika kita melihatnya dari sudut positif.

Pesan Wa Hassan (Guru mengaji Quran juga Iman Masjid Bt 6 semasa sessi meneras bacaan ... "Na bila tengok orang pikiaq benda baik2 saja in sha Allah kita akan jadi baik dan cari kawan yang baik yang sentiasa bercakap benda2 yang baik". Al fatihah buat Wa Hassan dan Wa Om semoga Allah sentiasa merahmati kalian juga keturunan.

"Kedamaian, ketenangan dan kebahagiaan itu ada dalam hati masing-masing. Ia bergantung kepada bagaimana kita melihat dunia ini dan bagaimana kita faham Allah.

Sukar untuk mendapatkannya kerana hati tidak cukup bersih.
Bersihkan hati dari sikap mazmumah.
Bersihkan diri dari maksiat.
Bersihkan lidah dari dosa.
Bersihkan jiwa dari prasangka.
Maka yang tinggal dalam hati ialah damai, tenang dan bahagia.

Sebab itulah perlunya mujahadah. Susah bukan bermakna tidak boleh. Yang penting usaha. via
Dr. Tengku Asmadi bin T. Mohamad

Comments

Post a Comment

Popular Posts