Bulan, bintang dan matahari ........
Pagi tadi Alang Humairaa panggil mama tunjukkan ke arah timur ...."Ma kenapa bulan macam tu". "Oh bulan sabit..kita dah hujung bulan Rabiulawal kalau hujung bulan mmg bulan akan sabit disebelah timur", terangku pada si lincah ini. "Pelikkan mama bentuk bulan tu". "Yelah benda tak sempurna memang nampak pelik tunggu 15hb depan masa bulan penuh tak jemu mata memandang....". Kataku sambil tersenyum.
Semasa di Pida, abah banyak menerangkan mengenai bulan dan kaitan dengan bulan melayu hehehe bulan hijrah sebenarnya. Jadi aku amat peka bila bulan penuh mesti 13,14,15, 16 atau 17hb dan bila bulan sabit di timur tanda hujung bulan (abah panggil bulan turun). Dan di kaitkan juga air pasang surut maklumlah abahkan orang kuala...dan kedudukan pida dengan kuala tidak jauh.
Masa keluar dari parking sekali lagi kakak menegur, "Ma tengok bulan dan bintang tu.....". Aku tersenyum. "Cantik kan bulan dipagari bintang, di mata kita nampak dekat bulan dan bintang tu mcm sepadan tapi hakikatnya bulan memerlukan cahaya matahari untuk cahayanya", kataku pada kakak. "Macam kita manusia ni kadang2 kita rasa orang yang selalu chat dengan kita tu rapat tapi hakikatnya kita merindui sinaran matahari ....dan kita boleh tersenyum bila mendengar lawak jenakanya malah kita akan ingat everything mengenai matahari tu sebab bahang panas matahari lebih terasa daripada kerlipan bintang yang kadang ada kadang tiada", panjang lebar ayat tersirat mama kepada budak sains tulen ini.
Tiba-tiba, "Ma tahu tak birthday kak Emy pun bulan 6", "Ehhh bukan ke hari tu kakak dah cakap...ermmm patut la perangai lebih kurang saja...mcm nak extra vaganza,", perli mama yang kadang-kadang memang laser. "Mana ada mama ni....", kakak tergelak-gelak sambil memerhatikan cermin sisi kereta. Kelihatan di belakang kami Audi yang dinaiki Mummy Dania kawan baik kakak dan sebaik saja kereta berhenti tersengih-sengih anak dara mama ini membuka pintu dan menunggu kawan baiknya itu.
Orang melayu suka mengatakan bagai bulan dipagari bintang sebagai tanda sepadannya satu-satu pasangan. Hakikatnya bulan dan bintang tidak akan nampak dari bumi andai tidak ada matahari. Walaupun bulan dan matahari selalu mengejar satu sama lain macam bergaduh dan tidak bersapa namun bulan tetap perlukan matahari untuk menguntum senyum dan memberi mood indah kepada malam.
Anak-anak mama....cerita dan gerak laku mereka sudah cukup menceritakan segalanya semoga mereka semua sentiasa dalam pelindunganNYA.
Comments
Post a Comment