Skip to main content

Taksub politik

Dari kecil semenjak di pida aku melihat taksubnya orang Melayu dalam pilitik ni. Sedangkan mereka bukanlah ahli parlimen atau adun atau ajk malah bukan ahli parti bertanding. Tetapi sikap mereka mengeluarkan pendapat mengalahkan orang yang pakar dalam politik, mengalahkan agamawan juga mengalahkan pakar ekonomi.

Dulu semasa sekolah rendah kawan2 bertanya hang pas ka umno?. Aku pelik dan blur. Pas?, Umno?. Menatang apa tu?.

Balik bertanyakan mak. Mak memberi jawapan mudah. Pas dan Umno untuk orang tua-tua pilih masa pilihanraya nak tentukan sapa nak perintah kita. Itu sebenarnya. Mengapa nak serabutkan kepala otak sehingga memutuskan silaturahim dek ideologi. Kan dah lepas pilihanraya.....

Mak memberi contoh yang amat baik. Mak benar-benar menjaga hal-hal yang berkaitan Islam sebagaimana Tok Teh dan Tok Nek Sinah. Jawapan mak semasa aku sekolah rendah dulu membuatkan aku neutral bila melibatkan parti politik. Islam itu addin. Islam itu satu cara hidup.

Bilamana Islam satu cara hidup setiap nafas, langkah, percakapan kita harus selari dengan Islam. Jauhi perkara lagho. Jauhi perkara2 yang menjadi kesukaan orang bukan Islam. Gangnam, gwiyomi dan pelbagai lagi bukan budaya kita.

Sebelum mahukan persekitaran kita Islam maka diri kita sendiri perlu diislamkan. Kita kata kita mahu Islam sedangkan hati kita mengejar dunia dan suka bermewah-mewahan. Kita lupakan kesederhaan hidup. Wajib untuk kita ditegaskan kepada anak2 perkara2 haram, sunat dan harus kepada mereka.

Dekatkan diri dengan assunnah. Fahami dengan teliti apa yang disampaikan oleh junjungan besar kita Rasulullah SAW. 

"Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak ada seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan amal soleh.


Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan atas segala apa yang telah kamu lakukan. Oleh itu, awasilah tindak-tanduk kamu agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku."

 Sinar harian - 22 Julai 2012
Harussani: Tuduhan itu tidak benar
HAIRUSSANI ZAKARIA

KUALA KANGSAR – Perceraian kerana perbezaan fahaman politik bukan sesuatu yang baru, sebaliknya sudah lama berlaku, namun tidak dilaporkan oleh media massa.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, keadaan itu berlaku kerana orang Melayu begitu taksub dengan politik sehingga tidak menggunakan akal fikiran, sebaliknya terlalu mengikut perasaan.

“Sebelum ini pun sudah berlaku cuma ia tidak diberi liputan. Dulu ketaksuban kepada parti sekitar 1970-an lebih dahsyat sehinggakan sembelihan ayam juga diambil kira jika dan perlu memihak kepada parti yang disokong.

“Saya sendiri tengok ada di satu tempat berbakul raga ayam dibuang hanya kerana ia disembelih oleh individu yang berlainan parti daripada pelanggannya dan perkara ini amat mendukacitakan,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar selepas melancarkan buku Travelog Seychelles di Kolej Islam Darul Ridzuan (Kisdar), di sini.

Hadir sama, Rektor Kisdar, Prof Dr. Jamil Hashim dan pengarang buku Travelog Seychelles, Prof Dr Talib Samat.

Harussani menambah, ketaksuban kepada sesuatu parti politik menjurus kepada perpecahan dan ia berlaku dalam umat Islam di negara ini.

“Pernah terjadi satu kes seorang individu ini dia berniaga kedai runcit dan perniagaannya maju disebabkan ramai pelanggan.

"Satu hari beliau pergi menziarahi salah seorang pelanggannya yang meninggal dunia dan hanya kerana fahaman politik yang meninggal berbeza, dia diketepikan.

Bukan itu sahaja, beliau turut dipecat daripada jawatankuasa khairat kematian tempatnya malah ditakdirkan beliau turut diboikot hingga terpaksa menutup kedai runcitnya akibat tiada pelanggan hanya kerana politik itu tadi,” katanya.

Malah katanya, akibat ketaksuban dengan perjuangan sesebuah parti, ada segelintir pihak di suatu tempat pernah memulaukan imam kerana menganggap sembahyang tidak sah sekiranya berimamkan mereka yang tidak sealiran parti politik.

“Akibat terlalu taksub mereka tidak pernah menunaikan solat Jumaat dalam mukimnya jika imam pada hari itu adalah penyokong pihak satu lagi dan sanggup ke masjid lain yang dikenal pasti diimamkan oleh penyokong kuat partinya.

“Sehingga ke hari ini pun masih ada orang yang tak mahu sembahyang hanya kerana beza politik dan ia masih berlaku termasuk di bandarbandar besar sedangkan kiblatnya sama,” katanya.


Comments

Popular Posts