Bacalah
Dah
masuk bulan ke 5 As Siddiq di Pasti.
Banyak
perkara yang buatkan aku seolah tidak puas hati.
Skill
bacaan dan reading belum mencapai standard tetapanku.
Standard
dibuat berdasarkan pencapaian kakak2 dan abang as siddiq.
Terkenang
kata2 kakak iaitu puteri sulung, "mengapa pasti bukan Qdess"
Semalam
As Siddiq meminta aku membaca untuknya...kesian anak mama, "mengapa pasti
bukan Qdess" ayat ini seolah melekat dalam kepalaku.
Teringat
kata2 mak ketika aku menghantar kakak dan abang ke kelas KAFA JAIS di batu 13
Puchong. Mak kata kesian anak2 depa letih macam mana nak faham. Kata mak lagi
Islam patut dari dalam rumah bukan kita cari Islam diluar rumah. Patut la
sekarang kacau bilau sebab kita letakkan Islam itu diluar rumah. kata2 mak
menusuk di hati.
Aku
berhentikan kakak, abang dan alang dari KAFA JAIS, Batu 13, Puchong. Istiqomah.
Alhamdulillah. kata2 mak benar, Islam patut di benihkan dari dalam rumah.
Bermula dari kita para ibu bapa. Istiqomah kita terhadap cara hidup Islam
memberi kesan kepada anak-anak.
Cara
mak melihat sesuatu berbeza dengan orang lain. Orang lain mungkin mengatakan
hantar ke Kafa nanti sekurang-kurangnya tahu juga dia solat.
Semasa
aku menghantar kakak di Qdess dulu aku amat kagum dengan sistem pendidikannya.
Kakak boleh membaca dalam dwi bahasa seawal 4 tahun dengan fasih sekali. Qdess
menerapkan budaya membaca yang mana memberi kesan sehingga kakak berusia 15
tahun kini.
Wahyu
pertama Rasulullah SAW, "Bacalah..baca lah"..“Bacalah dengan nama
Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah!
Tuhanmulah yang maha pemurah”, (QS.Al-laq: 1-3).
Membaca
membuatkan kita dewasa lebih dari usia. Membaca membuatkan abah dan mak yang di
pida mengetahui segalanya. Membaca membuatkan kita kaya. Membaca akan member kesan
kepada jiwa apa yang kita baca. Membaca itu makanan minda.
Susah
hati mama anak mama belum tahu membaca. Salah mama juga….
Comments
Post a Comment