Siapakah Penolong Kamu?
Siapakah Penolong Kamu?
Maksudnya: Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah). [Al-Maidah: ayat 55]
Ringkas sahaja notanya. Ia hanya membutirkan 5 perkara iaitu:
- Allah dan RasulNya
- Orang-orang beriman
- Yang mendirikan Solat
- Yang menunaikan zakat
- Yang ruku' - tunduk menjunjung perintah Allah
[Al-Maidah 55]
Tanzil Al-Quran Surah Al-Maidah:55.
Allah s.w.t telah memaklumkan akan siapakah penolong kita sebagaimana yang telah ternukil di dalam Al-Quran:
سُوۡرَةُ المَائدة
إِنَّمَا
وَلِيُّكُمُ ٱللَّهُ وَرَسُولُهُ ۥ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱلَّذِينَ
يُقِيمُونَ ٱلصَّلَوٰةَ وَيُؤۡتُونَ ٱلزَّكَوٰةَ وَهُمۡ رَٲكِعُونَ (٥٥)
Maksudnya: Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah). [Al-Maidah: ayat 55]
asbabunuzul ayat diatas. Ayat 55 daripada surah
Al-Maidah ini merupakan satu ayat yang diturunkan oleh Allah s.w.t
ketika peperangan diantara tentera muslimin menentang bani Qainuqa
Ayat diatas dinyatakan dengan jelas bahawa:
1. Allah s.w.t dengan keEsaaNya sentiasa
akan membantu hambaNya dalam bentuk hidayah, kebahagian
rumahtangga, keharmonian dengan jiran tetanga, rahmatNya, perasaan
tenteram di jiwa dsb
2. KekasihNya Nabi Muhammad s.a.w. Oleh itu perbanyakkanlah selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w
2. Solat fardu & solat sunat (solat sunat untuk menampung solat fardu).
3. Zakat & sedekah
4. Al-Quran (menjadi sahabat kepada kita untuk 3 alam yakni alam dunia, alam kubur dan alam akhirat)
Siapa penolong kita ketika didunia, dialam kubur dan dialam akhirat?
Allah dengan sifat RahmanNya telah memberi kita jawaban sebagaimana
didalam Al-Quran. Mudah-mudahan kita tergolong dikalangan yang mendapat
pertolongan Allah. Semoga amalan kita pada hari ini diterima Allah
s.w.t. InsyaAllah.
Comments
Post a Comment