Siapa Aku Nak Vote dlm PRU13

Sapa aku nak vote? Soalan masih berlegar-legar di kepala.

Setiap hari aku pohon semoga Allah SWT memberi petunjuk agar aku dan cik B memilih yang terbaik.

Pagi semalam on the way ke ABC restoren untuk sarapan.

Anak sulung bercerita mengenai seseorang ustaz yang pernah di tidur di masjid berhampiran rumah TGNA (Tuan Guru Nik Aziz) dimana di pernah tersempak TGNA tengah cuci tandas. Kataku perbuatan itu amat baik bagi menghilangkan riak dihati kita menjadikan kita humble. Tetiba cik B mencelah, "Namun untuk jadi pemimpin negara tidak cukup hanya mencuci bilik air. Cuba tengok balik mengapa Khalid Al Walid di pilih menjadi ketua angkatan perang pada Perang Muktah sedangkan ramai lagi sahabat yang lebih alim dan tinggi ilmu agamanya. Dia dipilih kerana ilmunya. Untuk kita hari ini bersaing dengan orang bukan Islam kita perlukan seseorang yang arif dalam ilmu ekonomi, sosial dan pelbagai cabang dokrin kehidupan seperti Tun Mahatdir baru non muslim takutkan kita. Cuba kita tengok negara2 Islam lain mundur dan menjadi mainan negara barat.Kita bukan menolak Islam sebab kita adalah Islam kita adalah pejuang2 Islam. Kita perlu jadi sebagaimana sahabat nabi Abdurrahman bin Auf yang merupakan seorang yang kaya raya dan dermawan dimana kita boleh membantu saudara Islam yang lain. Kita perlu kuat supaya saudara-saudara kita yg ditindas terbela."

Wow inilah Incik Mahhadir dia mmg jarang bersuara ni lah yang aku sukaaaa sbb dia selalu nampak perkara yang berbeza dari apa yg orang lain nampak ..........mama mode terdiam

Kemudian hubby menyambung, "mak jang call semalam pangge makan kenduri lama cakap dengan dia". "Mak jang tanya hangpa vote apa..tak dan papa nak jawap mak jang pesan ...................."

Mak Jang adalah adik mertua dan juga ibu saudara cik B. Beliau amat aku kagumi. Mak Jang merupakan seorang melayu biasa saja namun mempunyai pemikiran yang luar biasa. Di Bandaraya Petaling Jaya beliau mengajar anak-anak mengaji secara percuma. Mak Jang melahirkan anak-anak yang hebat. Walaupun anak2 Mak Jang bukan dari didikan sekolah aliran agama namun pengetahuan agama mereka amat hebat. Dalam hidup ini perkara utama yang kita kena jaga adalah solat. Pesanan Mak Jang yang di sampaikan kepada cik B masuk kedalam jiwaku. Sixth sense  Mak Jang amat kuat. Banyak perkara yang dipesannya aku ikuti dan Alhamdulillah kami merasai nikmat daripada pesanan tersebut.

Mak Jang merupakan anugerah Allah SWT buat kami sekeluarga. Banyak perkara positive ada dalam diri insan ini. Semoga Allah SWT sentiasa merahmatimu Mak Jang.




Comments

Popular Posts