Anak-anak kita

"Abang bangun subuh", panggil mama.
Abang masih mengerekot. Keras membatu
"Abang nanti lambat subuh", mama mulai mengerak-gerakkan badannya.
Abang bangun kemudian tidur semula
Mama kembali menarik nafas panjang. "Abang bangun jangan kalah dengan syaitan".

Menjadi mama bukannya mudah. Menjadi mama perlukan pengorbanan. Menjadi mama jangan sesekali kalah cuba dan terus mencuba semoga addin menjadi pegangan anak-anak kita. Menjadi mama perlu bercakap pasal Allah, rasul, malaikat, solat, dosa, pahala, perkara samiyat setiap masa semoga ayat-ayat itu menjadi ingatan dan pedoman anak2 takala mama tiada. Menjadi mama perlu kurangkan perkara lagho kerana bimbang yang lagho itulah yang akan diikut oleh anak-anak mama. Menjadi mama perlu banyakkan membaca, banyakkan mencari ilmu semoga akan datang lahirlah Khalifah yang sarat dengan ilmu didada dan sentiasa memegang amanah sebagaimana anakanda Ummi Ashim, Umar Abdul Aziz. Menjadi mama perlu perjelaskan perkara yang hak dan yang bathil. Menjadi mama perlu sentiasa berdoa dan berdoa agak tidak tergelincir zuriat kita dari jalanNYA. Menjadi mama perlu ada prinsip. Prinsip pegangan kita hanya Dia Allah SWT dan Rasululullah itu pedoman kita, Al Quran jurnal kehidupan kita.

"sista kalau kau nak astro contact aku yer", pesan seorang sahabat. Aku tersenyum. "Astro ni mcm hantu aku memang tak pasang, takut nanti anak2 aku bercelaru aku bukannya kuat nak melarang". Jawapku. Muka sahabat pelik. "Punya la ramai orang pasang hang tak pasang", tanya sahabat ini. Aku paling takut benda yang ramai orang suka. Aku takut benda yang ramai perkatakan. Benda yang mudah, lagho, dipenuhi fitnah memang disukai oleh syaitanurajim. 

Anak2 adakala terpengaruh dengan persekitaran. Mama perlu melakukan rundingan ..."bukan mama tak bagi tp itu lagho". Mama perlu jelaskan apa itu lagho yang mama maksudkan. Anak-anak ni suatu amanah. Anak-anak bukan barang tandingan dan juga buka barang pertunjukan.

Mama ini masih jahil dalam banyak hal. Mama takut anak-anak mama lebih mewarisi kejahilan mama. Mama takut anak-anak mama senang dengan sifat duniawi mama. 




 

Comments

Popular Posts