Pesan mak

Mak dah 80an. Mak suka membaca. Mak suka menghafal ayat2 suci al quran. Asal ada masa terluang mak mula mengadap kitab-kitabnya. Dulu masa aku kecil mak suka membaca majalah kiblat bertulisan jawi. Walaupun mak old school tapi pemikirannya up to date. Mak paling tidak suka dengan aktiviti gossip yang selalu diamalkan oleh sesetengah suri rumah di kampungku. Masa mak banyak dihabiskan di rumah dengan anak-anak.
mak saya...dlm diri ini ada mak

Pesan mak. Jangan sesekali mengata kat orang, berdosa. Kata mak lagi kalau ada orang bercerita mengenai orang lain didepan kita berhati-hatilah sebab suatu hari nanti dia akan bercerita mengenai kita di hadapan orang lain pula. Mak juga berpesan jika bertandang ke rumah orang jaga mata dan jaga hati.

Menurut mak orang yang berani tidak akan mengata orang lain. Orang yang hidupnya bercelaru dan sakit selalu merasa tidak puasa hati dengan orang lain.

Banyak lagi pesan-pesan mak yang kuguna pakai sekarang. Untuk hidup tenang perlu tumpukan kearah mencari redhanya dan menjaga ahli keluarga dari dijilat api neraka. Untuk memerdekakan diri dari pemikiran negative selalu letakkan diri ditempat orang lain atau dalam kata lain ..Always put yourself in the others shoes. If you feel that it hurts you, it probably hurts the person too. he he he ni bukan mak punya quote ni omputih punya quote.


Org bergossip sbb kurang ilmu, suka melihat kelemahan dan keaiban org lain, lupa hakikat kelemahan diri dgn membuka kelemahan org lain, sbb marah, hati dikuasai oleh sifat mazmumah, kurang taqwa pd Allah..,via motivasi pagi ikim.fm

Mak banyak memberi inspirasi hidup. Teringat kenangan bersama mak ke Singapore pada tahun 1980. Menaiki Bas Mara di hentian Express Alor Setar kemudian turun di Stesen Bas Johor Baharu keesokkan paginya. Mak muntah2 pening naik bas anak mak yang nakal asyik ke sana sini di dalam bas maklumlah ramai yang melayan budak kecil bermata sepet. Tanya abah sebelum kepergian ke Singapore, "boleh ka nak pi", mak jawap, "Allah SWT bagi mulut untuk kita gunakan....". Jawapan mak menjadi keyakinan diri di mana kita berada yakinlah Allah SWT sentiasa ada dengan kita.






Comments

Popular Posts