Sepintas minggu ini...PMR

Minggu kedua kakak tusyen di Kelas Cikgu Mariam (KCM Tuition Centre). Alhamdulillah feed back dari kakak ok. Semalam kakak ditemani Ezzah anak Ibu Odah. Sekurang2nya kakak ada kawan.

Pasal tusyen kakak memang cerewet. Pernah dulu kami menghantarnya ke pusat tusyen berhampiran rumah sebulan di sana kakak mula komplen. Pusat tusyen itu tidak memberi peningkatan pada dirinya. Jadi kami berhentikan dan kakak belajar dengan mamanya saja.

PMR makin dekat. Tusyen umpama boster untuk menambah nilai kefahaman terhadap pembelajaran.

Last weekend kakak kami bawa untuk seminar Maths Catch di Unisel.

Kakak dan PMR. Targetnya straight A's. Mama dan papa cuma membantu setakat yang termampu. 

Berseminar di unisel itu membawa kami ke Taman Botani Negara, Bukit Cerakah. Lama kami tidak kesana. 16 tahun. Persekitarannya berubah banyak projek pembangunan disekeliling Bukit tersebut. Banyak prasana kelihatan amat uzur dan tidak diuruskan sebaiknya. Sayang sekali. Taman Botani ini menyimpan pelbagai khazanah yang bakal ditonton oleh anak2 generasi ini. Pengurusan penyelengaraan amat penting dalam menjaga apa yang kita telah bina. Gagal dalam pengurusan penyelenggaraan hasilnya keuzuran sebuah taman yang dulunya menjadi tarikan kini bagaikan hidup senang mati tidak mahu.

Bunga cempaka yang didapati dari sebuah taman di Bukit cerakah

 Amat bersahaja cempaka bunga
putih arona, hijau nen tampuk
pantas benar suntingan adinda
terlebih pula di sanggul duduk.
 

Comments

Popular Posts