Seni menjadi ibu bapa
Menjadi ibu dan bapa sebenarnya fun. Ditangan kita ada berus, warna dan canvas dan terpulang kepada kita corak bagaimanakan hendak kita lakarkan di canvas putih bersih itu.
Menjadi ibu dan bapa merupakan satu art atau seni. Seni tidak boleh kaku, ia harus berperasaan dan fleksibel. Untuk menghasilkan karya seni yang terbaik kita tidak boleh hanya menggunakan satu warna sahaja padanan warna bisa membentuk karya seni yang mengagumkan.
Begitu juga dalam mendidik anak-anak. Daya kreativiti, mempunyai wawasan, dan berkemampuan membaca karakter setiap anak merupakan
kunci kejayaan dalam mendidik anak. Kita tidak boleh hanya
bergantung pada satu kaedah saja untuk mendidik anak.
Seni mengurus tadbir emosi anak-anak. Ada anak-anak kita lihat petah berbicara dan amat tinggi keyakinan dirinya bila di sekolah walaupun mereka kelihatan biasa-biasa sahaja di kawasan kejiranan. Ada anak-anak kita lihat bijak mengendalikan rakan sebaya tanpa mereka terpengaruh sama dan ada pula mampu menarik perhatian guru-guru yang mengajar mereka dengan sifat positif mereka.
Sebenarnya bicara harian kita merupakan motivasi kepada diri anak-anak. Sifat kita yang banyak mendengar membuka ruang kepada mereka untuk bercerita perihal aktiviti harian mereka dan sekali sekala kita mungkin mencelah atau tertawa bila mereka membuat kelakar.
Cerita bersahaja akan memberi didikan kepada anak-anak. Misalnya cerita mengenai Rasul terdahulu, cerita nenek moyang yang selalu melakukan kebaikan akan diserap kedalam diri anak-anak bukan saja mereka berbangga dengan akar mereka malah dengan sendirinya mereka akan mencontohi perlakuan baik tersebut. Ibu-bapa dapat menceritakan kisah atau sejarah yang
dapat dipertanggungjawabkan kebenarannya sebagai suatu seni menanamkan pendidikan
akhlaq atau pengetahuan kepada anaknya.
Berdialoglah atau bersembang dengan anak-anak. Kita bukan saja boleh mengembangkan cara mereka berfikir malah dalam masa yang sama boleh meningkatkan kemahiran mereka berbahasa dan beremosi. Misalnya ketika menghantar mereka disekolah kita boleh bersembang dalam keadaan santai mengenai kawan sekolah mereka, cikgu atau dalam masa yang sama kita juga boleh bercerita mengenai hal semasa misalnya berita semasa contohnya semalam, Al Khattab bercerita mengenai apa yang dibacanya di akhbar, "mama ada baby past away tertelan skru..bahaya sungguh"...kemudian diikuti dengan Alang bertanya itu dan ini. Dan dari dialog tersebut mereka alert bahaya membiarkan barang kecil bersepah dilantai terutama jika dirumah ada baby. Teringat iklan..."ayah itu burung apa"...diulang diulang.....seni bersembang dengan anak oleh seorang ayah.
Sebagai ibu bapa kita harus selalu membimbing dan memotivasi anak-anak agar selalu ada di jalan yang benar.
Menyayangi anak-anak tidak bermakna kita boleh menurut sahaja kemahuannya. Dan ada kala kita tidak mampu atau kurang ilmu dalam menyerlahkan hasil seni maka pada masa inilah kita perlukan mereka yg lebih berilmu memperelokan kualiti anak-anak. Siapa mereka? Guru2, pakar motivasi, ustazah dan ustaz dan jangan sesekali menganggap kos pendidikan anak-anak dalam soal akademik dan akhlak suatu yang merugikan. Yakinlah kita akan merasai hasil qorrotuaiyunin daripada kos-kos tersebut. Pilihan ditangan kita...mungkin anak2 rasa tak fun dan kita rasa mcm membazir masa kesana-sini menghantar mereka tp sebenarnya ia memberi impak positif yang amat luar biasa jika kita mengamalkannya.
Comments
Post a Comment